Tuesday, April 26, 2011

Halal @ Haram: Harussani Terkejut Pendirian Majlis Fatwa???

Berita seperti ini lah yg kita nak dengar sgt.Kita mesti hidupkan cerita ini sampai kita dapat tahu sape yg bercakap benar dan sape yg bohong.Ini bukan isu halal haram,tp isu sape yg bohong dr kalangan org yg boleh bagi fatwa diMalaysia ni.Semua org tahu bercakap bohong tu berdosa,aper lagi mufti.Sorng kata dah bincang,sorng kata belom bincang.Yg bengong ialah rakyat mcm kite ni...tak tau ujung pangkal samada boleh buat atau tidak.


Harussani: Poco-poco tak dibincang, saya terkejut pendirian Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR, 26 April — Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi dibuat ketika itu.

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini . . . jadi bagaimana boleh kata macam itu,” katanya.

Harussani (gambar) juga berkata, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan dimaklumkan media telah salah faham.

“Saya percaya Abdul Shukor tidak bermaksud seperti itu, tapi media tidak faham dan macam nak hentam saya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata Harussani, Abdul Shukor hanya mengatakan mana-mana tarian yang diamalkan tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Abdul Shukor hanya kata mana-mana tarian kena ikut garis panduan yang ditetapkan pada 2007 termasuk etika berpakaian, tiada lelaki dan perempuan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

“Dan, Abdul Shukor juga kata mufti-mufti boleh ikut garis panduan itu dan mana-mana tarian yang menjurus kepada pemujaan adalah haram... macam tarian poco-poco ia sudah jelas haram,” katanya.-Malayinsider

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost