Saturday, June 11, 2011

RASUAH BALAK: Taib Mahmud Perlu Ambil Cuti Hingga Siasatan SPRM Selasai


Penasihat DAP Lim Kit Siang menasihatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud “mengambil cuti” sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menyiasat tuduhan rasuah balak yang dikaitkan dengan pemimpin veteran itu.

Lim berkata tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Taib disifatkan beliau sebagai “rasuah luar biasa” berhubung perkara itu.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Taib (gambar) berhubung dakwaan rasuah balak.

Beliau berkata, SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara itu.

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia Finma iaitu Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland untuk siasatan lanjut.

Jelas Lim, ekoran pendedahan SPRM itu, Taib perlu mengambil cuti selaku ketua menteri Sarawak sehingga siasatan itu selesai.

“SPRM mengesahkan mereka kini menyiasat Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan terlibat dalam rasuah balak, Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata mereka dalam proses untuk mengumpul lebih banyak maklumat.

“Adakah mengumpul lebih banyak maklumat bagi siasatan atau menyiasat dakwaan itu? Walaupun Abu Kassim berkata akan menyiasat, namun rakyat Sarawak dan Malaysia berhak mengetahui dakwaan yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan itu.

Tambah Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, tuduhan yang dikenakan terhadap Taib itu memalukan imej negeri dan negara.

“Sejak bila SPRM memulakan siasatan ini terhadap Taib dan mengapa mesti SPRM bertindak selepas mendapat tekanan antarabangsa?

“Jadi Taib seharusnya perlu terus mengambil cuti sehingga SPRM selesai menyiasat tuduhan-tuduhan itu dan membersihkan nama beliau,” katanya. - MI

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost