Thursday, December 31, 2009

Ambang 2010 Disambut Dengan Kenaikan Harga Gula!!!

Ambang 2010 disambut dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen mulai jam 12 malam ini.Walaupun sebelum ini ada ura2 untuk menaikan harga gula tapi selepas itu diyakinkan oleh pak menteri 1 Malaysia bahawa harga gula tak akan dinaikkan! Tapi sekarang apa dah jadi...Ini lah kepimpinan 1 Malaysia Pencapaian Diutamakan, Rakyat DiHULUkan...Harga Gula Naik 20 SenPUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini Kham...

Gerhana Bulan Separa Warnai Permulaan Tahun Baru 2010

Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi. “Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi. Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari. Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja. Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku....

Wednesday, December 30, 2009

Gus Dur, Bekas Presiden Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA 30 Dis. - Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia."Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang," kata Gus Sholah dipetik detikcom. - Utu...

1 Malaysia Miliki Tenaga Pakar Dalam Bidang "ROMPAKAN"

Oleh DAP Melayu(I) KEHILANGAN ENJIN PESAWAT TERBANGSEMUA macam tak percaya, macamana enjin pesawat terbang seberat 600 paun boleh lolos dari kawalan keselamatan. Macamana perkara ini boleh berlaku. Siapa Menteri Pertahanan ketika itu ?Khabarnya enjin itu sudah diseludup ke Argentina, malah ada laporan yang mengatakan enjin tersebut sudah berada di sebuah negara Asia barat yang anti Amerika. Macamana boleh lolos ?(II) KEHILANGAN GERABAK KERETAPI.Pada tahun 80an dahulu negara digemparkan dengan kehilangan sebuah gerabak keretapi di Stesen Tapah Road, Perak. Semua macam tak percaya bagaimana sebuah gerabak keretapi yang begitu besar sangat berat dicuri.Dari segi logiknya kerja mencuri gerabak bukan kerja mudah. Paling kurang memerlukan sebuah treler panjang dan 2 buah kren untuk mengangkat gerabak...

Tuesday, December 29, 2009

Isu MIG-29: BENARKAH KJ & ZAHID BERPAKAT UNTUK JATUHKAN NAJIB?

Jika kita rajin membaca blog-blog yang menyokong Umno, khususnya blog-blog yang Pro-Mahathir, kelihatan sudah ada suara-suara yang mahu menyatakan; Khairy dan Zahid sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib.Menurut pendapat mereka, KJ & Zahid sedang berusaha untuk memusnahkan imej Najib agar penyokong Umno bangkit menolak kepimpinan Najib sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah dahulu.“Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya Zahid akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.” demikian kata pemilik blog Anti Khairy.Kononnya, KJ dan Zahid tidak ‘berdendam’...

Monday, December 28, 2009

UMNO Juara Rakyat Atau Jual Rakyat ???

Oleh IngeniurKita percaya dalam dada para pendokong Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah ada istilah 'iri hati' atau pun 'dengki' walaupun sebesar zarah kerana dikatakan PR membuat sesuatu program untuk rakyat disebabkan iri hari kepada UMNO / BN?Membaca komen yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ini terhadap PR adalah amat melucukan;"Kita bukan macam pembangkang yang buat sesuatu program dengan hasrat iri hati kepada lawan sebaliknya kita buat untuk kepentingan rakyat"Untuk apa kita hendak merasa iri atau dengki kepada mereka sekiranya benar program yang dibuat oleh mereka untuk kepentingan rakyat akan dinikmati sepenuhnya untuk rakyat yang memerlukan?PR tidak pernah menjadikan...

Sunday, December 27, 2009

Cabaran Tun Mahathir, Apa Lagi Najib Mahu Tunggu?

Kerajaan digesa segera bertindak menubuhkan suruhanjaya bebas seperti dicabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyiasat dirinya dan juga seorang lagi mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Tun Mahathir dan Tun Abdullah kini dipalitkan dengan dakwaan masing-masing RM100 bilion dan RM270 bilion lesap akibat rasuah dan pembaziran di zaman pemerintahan mereka.Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan tidak perlu menunggu lebih lama lagi, memandangkan Tun Mahathir sendiri mempersoal penggantinya Tun Abdullah sewaktu menjadi Perdana Menteri."Apa lagi kerajaan nak tunggu, perkara itu diakui oleh bekas PM sendiri, kerajaan perlu bertindak segera, sama ada tubuh Suruhanjaya Di Raja ataupun Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen menyiasat...

Friday, December 25, 2009

Kadar Bayaran Tambahan Bagi Sesi Persekolahan 2010

KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans...

Tuesday, December 22, 2009

Hilang Enjin Pesawat Pejuang RM50 Juta Macam Hilang Kotak Mancis!

Kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya mengenai tahap keselamatan negara.Menurut Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad,PAS berasa kesal dan bimbang terhadap tahap keselamatan negara atas kehilangan enjin pesawat bernilai kira-kira RM50 juta itu."Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tentang kehilangan enjin tersebut, sedangkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007."Apakah tahap keselamatan negara kita begitu lemah. Enjin kapal terbang bukan boleh diletak di dalam kotak mancis, macam mana enjin sebesar itu boleh dicuri dengan begitu mudah,?"soalnya...

Sunday, December 20, 2009

GERAKAN Tolak Tuntutan UMNO Untuk Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin Umno negeri supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini dipegang oleh Gerakan, diserahkan kepada parti berkenaan.Koh, yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang berkata jawatan itu disandang oleh para pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun."Jadi kenapa perlu kita membangkitkannya semula apabila amat jelas bahawa apa jua perubahan tidak akan dipersetujui oleh Gerakan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Kem Latihan Kepimpinan Remaja Pulau Pinang di sini semalam.Koh mengulas gesaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa jawatan Pengerusi BN Negeri perlu diserahkan kepada pemimpin Umno memandangkan hanya wakil Umno...

Saturday, December 19, 2009

KONVENSYEN PERTAMA PAKATAN RAKYAT - 19 Dec 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini menyaksikan perdamaian di antara PAS yang menjuarai aspirasi 'negara Islam, dan juga DAP yang menjuarai gagasan 'Malaysian Malaysia.'Prasangka itu seolah-olah terpadam langsung daripada pemikiran beberapa pemimpin yang mengambil peluang mengulas Dasar Pakatan Rakyat, juga dirasmikan hari ini di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Tiada gimik yang melampau-lampau diadakan semasa perasmian tersebut, malah secara keseluruhannya konvensyen tersebut diperhatikan berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana.Kesemua pembahas dan pemimpin parti yang berucap juga menggunakan bahasa Melayu, selari dengan usaha Pakatan untuk memartabat dan memperluas Bahasa Melayu seperti dimaktub dalam Perkara...

Krisis Perak: Ketidakadilan Akan Membawa Kehancuran

Kenyataan Media YB V.Sivakumar di IpohRakyat masih menunggu keputusan Mahkamah Persekutan untuk mengetahui siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Perbicaraan telah selesai pada 5 November 2009. Hakim-hakim yang mendengar perbicaraan itu telah menangguhkan keputusan mereka pada satu tarikh yang belum ditentukan. Sekarang sudah hampir sebulan setengah tetapi tarikh pengumuman keputusan hakim-hakim tidak disebut-sebut lagi. Kenapa wujudnya kelewatan dalam mengumumkan keputusan tersebut? Perkara ini menimbulkan banyak persoalan-persoalan kontroversi yang boleh menggugatkan kredibiliti badan kehakiman di negara ini. Tambahan pula, keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi ianya mesti nampak dilaksanakan.Keadilan merupakan kondisi kebenaran...

Thursday, December 17, 2009

Memahami Teknik Berita...

PENGECUALIAN PEMBAYARAN BIL LETERIK RM20 KE BAWAH DILANJUTKAN -melayauKUALA LUMPUR 17 Dis. - Kerajaan bersetuju supaya pengecualian pembayaran bagi bil elektrik RM20 dan ke bawah dilanjut sehingga Disember tahun depan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin mengumumkan di Kuala Lumpur hari ini.nota:ini berita baru masuk.berita seperti ini mesti difahami bahawatelah ada perancangan untuk menaikkan harga leterik.dalam strateji propaganda ini dipanggilmengolah awal. caranya cukup senang. sampaikan berita sedapkemudian keluarkan berita sedih. apabila ada bantahan makatunjukan kepada orang ramai berita awal tadi.kesian: dalam dunia internet hari ini juru putar tidakboleh lagi menggunakan kitab kuning goebbels kah kah kah...--TukarT...

Hanya Satu Cara Menentang GST - Bangun Dan Lawan !!!

Rakyat tidak kira ideologi, agama, bangsa dan budaya mesti bersatu menyatakan bantahan dan menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Ini kerana GST sudah pasti akan membebankan rakyat walaupun kerajaan membuat pelbagai janji manis bahawa rakyat tidak akan terbeban dengan GST ini.Orang Umno, MCA, MIC, PAS, PKR dan apa pasti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko jika GST ini diluluskan di Dewan Rakyat di mana rang undang-undang GST ini telah dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama.Memang benar kerajaan BN yang memerintah kita pada hari ini tidak berhati perut dan tiada belas kasihan kepada rakyat. Pada saat dan ketika rakyat dihimpit dengan kesusahan...

Wednesday, December 16, 2009

Rumah Abdullah Badawi RM 12 Juta???

MP pertikai peruntukan rumah bekas PM RM12 jutaKUALA LUMPUR, 16 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa projek pembinaan rumah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bernilai hampir RM12 juta sebagai satu penyelewengan kewangan negara.Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mendakwa, projek itu merupakan satu projek yang disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana ianya tidak terdapat dan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan bajet 2010."Saya anggap projek ini sebagai sulit kerana ianya tidak terdapat dalam semakan Rancangan Malaysia ke-9, dalam bajet 2010 pun tidak ada peruntukan untuk projek itu," kata Mahfuz ketika ditemui di lobi parlimen pagi tadi.Beliau turut mempersoal berhubung undang-undang atau peruntukan yang didakwa tidak pernah ada itu."Memang ada satu peruntukankah...

Tuesday, December 15, 2009

Sejarah Tercipta: Dewan Rakyat Bergegar, Kerajaan Najib Hampir Tumbang!!!

Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi!Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat.Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 60 di pihak Pakatan Rakyat dan 61 di pihak BN.Proses pengundian yang dikenali sebagai "belah bahagi" itu berlangsung kira-kira jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam, dengan beberapa ahli parlimen BN bergegas tiba dan mulai masuk ke dalam dewan sekitar jam 10 malam.Sebelum itu, sesi jawapan menteri bagi kementerian terakhir iaitu KDN juga seperti...

Monday, December 14, 2009

Mahathir 'The Malay Ultraman'

Oleh Mohd Rashidi HasanUSIANYA sudah mencecah 84 tahun, tapi lagak politiknya persis orang muda. Orang-orang tua-tua zaman dahulu sering berkata, jika usia sudah berada di tahap extra emas, sepatutnya, banyak masa diluangkan dengan beribadah kepada Allah, sementara menunggu saat dipanggil pulang.Tetapi berlainan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliau sudah enam tahun meninggalkan tampuk kuasa dalam parti dan kerajaan, selepas lebih 22 tahun memerintah.Pada usia sebegini ramai yang sebaya dengannya sudah dimamah tanah. Namun beliau masih giat berpolitik. Mengkritik, memberikan pendapat dan menghentam sesiapa sahaja yang dianggap tidak betul pada pandangannya.Mahathir menunjukkan bahawa beliau masih mahu 'campur...

Saturday, December 12, 2009

Isu Nga Kor Ming: 'Jahat'nya DAP... Celakanya UMNO !!!

Pelbagai pihak pro rasis UMNO mula menyalak menuntut MP Taiping Nga Kor Ming menuntut maaf. Antaranya PERKASA dan GPMS. Bagi mereka seolah-olah Nga Kor Min buat satu "dosa besar" kepada umat Islam. Dosanya cuma tanya tentang peruntukan bina masjid dan peruntukan rumah ibadat ugama lain.Buat seketika media-media barua perkauman UMNO pun "menghembus-hembus" bara agar menjadi api, api perkauman! Celakanya UMNO!Dan buat seketika UMNO diangkat seolah-olah sebagai pejuang ugama!Dalam isu Nga Kor Ming ini, silapnya mungkin "ayat" nya (teknikal) sahaja atau diputarbelitkan oleh media barua UMNO. Kebetulannya pula Nga Kor Ming dari DAP. Bersoraklah puak UMNO dapat "mangsa" baru untuk "makanan santapan" UMNO, perkauman. UMNO perlu makanan ini untuk hidup!Keikhlasan...

Thursday, December 10, 2009

Najib Minum Arak?? Biar Betul... Sebat Kartika, Sebat Najib!!!

Oleh: M3M @ PerakExpressKartika Sari Dewi Sukarno, seorang wanita Melayu yang telah ditangkap minum arak di Kuantan dan dijatuhi hukuman RM5,000 dan enam kali sebatan rotan, selepas disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu mengambil minuman keras.Semua pihak menyangkakan yang dia akan membuat rayuan ke atas hukuman tersebut, tetapi terkejut apabila dia bertindak sebaliknya. Ramai yang membantah hukuman tersebut dengan alasan ia tidak adil, tidak saksama dan menindas wanita. Ada juga pemimpin negara meminta, memujuk dan mengesyorkan agar dia mengemukan rayuan tetapi dia enggan. Apakah mereka betul-betul ikhlas, bersimpati dengannya… atau ada udang di sebalik batu??Malangnya,...

Wednesday, December 9, 2009

Bala lwn Najib: Persepsi Rakyat..... Najib TAKUT!!! Berani Kerana Benar, Takut Kerana ....???

Oleh: M3M @ PerakExpressPI Bala Subramaniam telah menjatuhkan bom ke atas Najib, Piem Satu Malaysia. Ini bukan satu perkara yang boleh dianggap enteng kerana tuduhan disasarkan kepada seorang Perdana Menteri. Dan… tuduhan pulak bukan sebarang tuduhan tetapi tuduhan berat iaitu tuduhan terlibat dengan pembunuhan Altantunya. Malah… bukan setakat Najib saja yang dituduh tetapi isteri dan adik lelakinya turut dilibatkan sama.Sebagai Perdana Menteri, Najib tidak boleh menepis tuduhan Bala begitu sahaja, dengan alasan ia tidak berasas. Berasas atau tidak berasas, bukan untuk Najib tentukan. Itu kerja Mahkamah. Sebab itu, sekiranya ia tidak berasas, Najib mesti saman Bala kerana menfitnahnya. Biar mahkamah yang menentukan. Dia tak boleh menepis tuduhan tersebut begitu saja dan terus mengambil sikap...

Tuesday, December 8, 2009

Apa Itu Cukai GST?

Oleh: Labu-Labi@PerakExpressSebelum aku teruskan tajuk ini, kita tengok trend perniagaan di Malaysia. Aku bukan ahli perniagaan, dengan kata lain ‘businnesman’, oleh itu aku tak mahir dalam selok belok perniagaan. Aku tak mahu menyentuh GST secara teperinci. Kita biarkan kepada ahlinya untuk membahaskan dengan lebeh teperinci. Apa yang aku nak sentuh, sekadar aku sebagai pengguna serta akibat dari perlaksanaan GST tu nanti.Apa sebenarnya GST tu. GST adalah singkatan dari ‘Goods and services tax’. Dalam melayunya ‘ cukai barangan dan perkhidmatan’.Di negara kita telah diperkenalkan pelbagai cukai atau inggerisnya ‘TAX’. Mengapa cukai diperlukan bagi sesebuah negara dan bilakah cukai mula diperkenalkan ?Cukai sebenarnya telah lama digunakan, termasuk dalam agama Islam sendiri. Pelbagai nama...

Monday, December 7, 2009

Melayu Dicabul, UMNO Gelak-Gelak...

Sebelum ini, isu gadis yang berdemontrasi ditangkap polis lalu dibogelkan dan dipaksa pumping pernah dibawah ke Parlimen tetapi menjadi bahan ketawa MP Parlimen UMNO sahaja. Kemudiannya, apabila wujud rakaman videoklip gadis 'China' dibogelkan dilokap dan dipaksa ketuk ketampi, UMNO menggelupur dan segera menghantar wakil ke China memohon ampun. Apabila didapati gadis tersebut Melayu, UNMO menepuk dada tanda kelegaan. Artikel ini mengkaji sikap psiko UMNO dan pencabulan hak kaum Melayu.PUTRAJAYA 30 Nov.- Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah.Pengerusi Yayasan...

Sunday, December 6, 2009

SPRM: Pengarah Baru, Dasar Tetap JAHANAM!!

Akhirnya Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said 'bersara' awal bermula Januari ini dan bakal digantikan oleh timbalannya. Sepatutnya kontrak beliau tamat pada Mei 2010 tetapi 'diawalkan' pada Januari 2010. Bukan sekali Ahmad Said didesak meletak jawatan tetapi dan acap kali. Semua ini kerana slogan beliau kononnya untuk membawa imej dan dimensi baru kepada SPRM sewaktu mula-mula dilantik hanya slogan dan omong-omong kosong.Siasatan dan dakwaan terpilih terus kekal menjadi imej SPRM seolah-olah menjadi jurucakap dan komponen kepada Umno@BN. Era Ahmad Said sebagai pesuruhjaya SPRM seperti mengulangi episod hitam pengerusi BPR/SPRM sebelum ini yang diheret dan didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah.Lantiklah siapa pun menjadi...

Royalti Minyak & Wang Ehsan: Nasib Sabah/Sarawak Akan Jadi Sama Macam Kelantan?

Kerajaan Persekutuan digesa menghormati perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran 5 peratus daripada keuntungan operasi carigali petroleum di luar pantai Kelantan kepada negeri itu.Bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah dalam blognya http://razaleigh.com memberitahu, hak yang diperuntuk perlembagaan kepada rakyat kelantan untuk mendapat royalti kini sedang dinafikan Pusat.Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan katanya bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih besar dari itu ianya akan memberi kesan dan permasalahan melaupaui negeri Kelantan.Menurutnya, dengan menidakkan perjanjiaan antara Kelantan dengan Petronas itu, bermakna kerajaan Pusat juga menidakkan perjanjian sama terhadap negeri-negeri...

Saturday, December 5, 2009

BALA Semakin Menghampiri Najib !!!

Najib kata dakwaan Bala tidak berasas - MalaysiakiniPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya bersuara terhadap dakwaan bahawa adiknya Datuk Mohamed Nazim telah memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam menutup mulut.Beliau menafikan dakwaan itu yang menurutnya tidak berasas.Apabila soalan itu diajukan kepada beliau dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini, Najib berkata, beliau tidak akan melayan kenyataan semberono.Beliau diminta mengulas dakwaan Balasubramaniam dalam sirivideo wawancaranya yang disiarkan dalam Youtube.Dalam wawancara tersebut, Balasubramaniam mendakwa Nazim dan beberapa individu lain, bertindak sebagai proksi Najib, bagi memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.Beliau...

Friday, December 4, 2009

AWAS!!! Lembaga 'Teoh' muncul Di Ibupejabat SPRM Di Plaza Marsalam Shah Alam

Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima bangunan tersebut - tempat Teoh ditemui mati dan di tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor.Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu - lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu."Saya nampak mayatnya...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost