Friday, February 20, 2009

Politik "Tom And Jerry" Di Malaysia.



Ramai kanak-kanak yang suka tengok siri kartun "Tom and Jerry". Tom ialah kucing. Jerry ialah tikus. Kedua-duanya bergaduh tak henti-henti. Plot siri kartun ini berkisar di sekitar Tom yang cuba menangkap Jerry. Itulah plotnya. Tak ada yang lain.

Dalam proses Tom nak menangkap dan Jerry nak menyelamatkan diri, mereka berlari dan melompat di sana-sini. Habis rosak harta-benda dalam benda dalam rumah disebabkan oleh kerenah dua ekor binatang ini.

Bagaimanapun, sejak siri kartun itu diperkenalkan hinggalah sekarang, Tom tak pernah berjaya menangkap Jerry; menunjukkan kepandaian Jerry yang sering bernasib baik. Siri kartun ini menunjukkan "love-hate relationship" yang wujud antara kedua-duanya; bukannya pergaduhan kekal dan melampau. Tom selalu senyum kepada Jerry, begitu jugalah sebaliknya.

Malah, ada dalam siri tertentu, Tom menunjukkan kasih-sayangnya kepada Jerry. Sebagai contoh, apabila Jerry berpura-pura jatuh seolah-oleh kena tembak oleh Tom, maka Tom pun berlarilah membawa "first aid kits" kepada Jerry. Sesekali Jerry menjadi "jealous" apabila Tom berkawan dengan kucing betina lainnya.

Itulah agaknya yang menjadikan siri "Tom and Jerry" ni menarik. Ada elemen permusuhan. Ada elemen keganasan. Ada elemen kasih-sayang. Ada elemen jealousy. Sesekali kena. Sesekali dipekena.

Politik Malaysia pun macam siri kartun "Tom and Jerry". Nampak macam bergaduh sakan. Pukul sana, pukul sini. Tetapi apabila berjumpa di Parlimen, bersembang macam adik-beradik. Boleh pula berkongsi rokok. Dah tu, sempat lagi hulur kertas cadangan projek!

Nampak macam marah, tetapi sebenarnya jealous. Nampak dia pekena orang, tetapi sebenarnya dia yang kena. Kadang-kadang kita dah tak tahu siapa mangsa dan siapa pemangsa.

Politik "Tom and Jerry" juga politik tuduh-menuduh. Politik jenis ni cukup mudah. Budak sekolah menengah pun tahu. Apabila berlaku sesuatu yang negatif, tuduh lawan dulu. Tuduh dulu. Betul atau salah, itu perkara kedua. Betul tak penting. Yang penting, tuduh.

Mengapa tuduh? Nak jadikan lawan berada dalam keadaan defensif. Apabila kena tuduh, maka lawan kena jawab. Apabila lawan kena jawab, dia tak banyak masa nak serang balik. Apabila tak sempat serang balik, tak banyaklah keburukan kita terbongkar.

Politik "Tom and Jerry" ada di antara parti-parti politik dan sesama individu dalam parti politik. Ada di kalangan Barisan Nasional. Ada dalam Pakatan Rakyat.

Selepas setahun PRU12 berlalu, saya tak nampak ada parti politik yang putih melepak. Memang ada parti politik yang rasa dia putih melepak, tapi saya (dan ramai lagi) yang tak nampak dia putih melepak.

Bilakah politik "Tom and Jerry" akan tamat dalam politik Malaysia? Susah nak jawab tu. Siri kartun ini bermula pada tahun 1940; sampai sekarang masih popular.

"Tom and Jerry" popular kerana kanak-kanak suka menonton dua ekor binatang bergaduh!

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost