Monday, February 16, 2009

Media Arus Perdana: Belajarlah dari kesilapan


Suasana iklim politik Malaysia semakin hangat terutama akhir-akhir ini berkaitan dengan krisis di Perak dan isu penderhakaan kepada raja. Ianya menjadi isu utama dalam topik-topik pebincangan oleh kelompok-kelompok rakyat Malaysia. Ianya bagai candu yang rasa kekurangan bila tidak dibincangkan dan menjadi kepuasan bila diperkatakan.

Banyaklah isu-isu dan polimik dibangkitkan dan menjurus kepada pembelaan kepada fahaman politik masing-masing. Pendukung-pendukung parti politik tertentu, sudah tentu berminat membela parti masing-masing. Andai kata kedua kolompok ini duduk diatas meja yang sama, sudah tentu pembincangan semakin hanggat.

Adakah BN tahu bahawa pembincangan-perbincangan tidak rasmi ini, peyumbang besar kepada penambahan sokongan rakyat kepada PR?

Mungkin pemimpin-pemimpin BN tidak menyedari bahawa pembincangan-perbincangan di dalam kelompok-kelompok masyarakat seperti di pejabat dan di warung-warung dan di forum-forum internet sepeti Tranungkite, banyak dimonopoli oleh pembangkang. Ini disebabkan mereka mempunyai fakta-fakta yang dianggap 'baru' atau sensasi dan tidak pernah diketahui oleh mana-mana pihak sebelum ini. Bahkan ramai penyokong-penyokong BN sendiri terngangga dengan fakta-fakta ini. Oleh kerana pembangkang mempunyai fakta-fakta yang hebat dan sensasi, maka hujah-hujah panas daripada pihak PR sentiasa mendapat sokongan.

Antara faktor utama ialah, isu yang BN ketengahkan di medan-medan perbincangan dianggap basi dan sampai tahap 'muak'. Apa tidaknya, saban saat, media-media arus perdana, dengan media cetak dan eloktronik, menyebarkan berita-berita dan isu-isu yang dibangkitkan, sehingga kadang-kadang rakyat terlebih maklumat sehingga sampai tahap meloyakan.

Tetapi, berlainan pula dengan isu-isu atau fakta-fakta dari mulut pembangkang, ianya sentiasa kelihatan hanggat dan 'latest'. Ianya menjadi menarik bila didedahkan dan menjadi hangat bila dibincangkan, dihiasi pula dengan hujah-hujah pembangkang yang berapi-api. Maka kelompok-kelompok rakyat dari pembangkang selalu mendemonasi perbincangan. Ramai penyokong BN sendiri kadang-kadang terkedu, kerana fakta-fakta yang keluar dari mulut pembangkang tidak pernah didengar sebelum ini.

Adakah fakta-fakta dari PR itu benar-benar hebat? Tidak juga, ianya hanya nampak hebat kerana tidak didedahkan kepada umum oleh media-media arus perdana. Jadi telinga-telinga yang normal merasa teruja bila mendengarnya. Kita semua maklum, dengan dasar langit terbuka, dengan penagaruh blog dan laman-laman web, maklumat-maklumat disebar menyeluruh dan pantas memasuki setiap pejabat dan rumah yang mempunyai talian Internet.

Misalnya, mari kita belajar dari isu krisis di Perak. Saban hari media-media perdana mendedah isu yang dibawa oleh BN merangkumi soal pembelian ADUN sehingga soal penderhakaan kepada raja.Rakyat yang semakin bijak, terutama golongan muda berpelajaran akan tertanya-tanya, bagaimana pula jawapan dan pandangan dari pihak PR berkaitan isu ini. Mereka kadang-kadang menggigil-gigil hendak tahu, apakah ulasan dari bekas MB Perak tetang krisis di Perak?. Mereka juga ingin tahu apa ulasan Anwar Ibrahim berkaitan isu penderhakaan kepada Sultan. Mereka hampa kerana tidak dapat menilai isu ini dari sudut yang lain. Pihak Media Perdana terus menutup semua maklumat-maklumat dari PR dari didedahkan kepada umum.

Maka, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka ini telah kedahagaan maklumat.

Paling menyedihkan, saban malam kita melihat Buliten Utama, jika pembangakang memberi ulasan, dipotong dan ianya tergantung dengan ayat yang tidak lengkap dan akan mengundang tandatanya. Bagitu juga dengan laporan dari dewan rakyat di TV1. Hujah-hujah pembangkang di parlimen dipotong dan tidak tersiar. Rakyat akan garu dan ketuk kepala. Mereka hendak mendengar ulasan yang lebih berani dan segar dari pihak lain. Mereka muak mendengar hanya ulasan dari mulut Hamid Albar sahaja, jika isu itu yang berkaitan dengan ISA.

Dengan perasan kecewa dan bengang, golongan ini membuka internet atau mengunjungi cyber-cyber kafe untuk melihat segala permasalahan dari sudut pandangan yang lagi satu. Maka tidak hairanlah, dengan krisis politik Perak, Kafe-kafe cyber menjadi penuh dan ramai dikunjungi oleh golongan dewasa yang dahagakan maklumat. Apabila mereka memasuki alam maya dengan membaca laman-laman web pembangkang dan melihat visual ceramah-ceramah melalui u tube dan blog-blog, maka hati mereka pun berkata "ooo, bagini rupanya , rupa-rupanya Buletin Utama 'kelentong' aku selama ini" maka secara automatik, dari keadah ini ramai pembenci-pembenci BN telah tercipta.

Satu lagi fenomena, yang harus diambil berat oleh BN dan Media Arus Perdana ialah majoriti rakyat mengaggap Media Perdana adalah 'pembohong besar'. Sentimen ini disebar oleh pembangkang dan ada asasnya kerana pembohongan kelihatan terlalu ketara terutama maklumat berkaitan 'angka'. Contohnya, orang yang mengahadiri ceramah Anawar Ibrahim seramai 15 000 orang, maka dalam media arus perdana di bagi fakta "ceramah Anwar Ibrahim kurang mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 5000 orang penyokongnya sahaja". Dizaman serba canggih ini, harus diingat, pembohongan sukar disembunyikan. Maka secara automatik rakyat tidak mempercayai maklumat-maklumat yang datang dari media arus perdana. Kadang-kadang media kerajaan ni 'tolol' juga, walaupun hendak berbohong, biarlah berpada-pada.

Apa perlu ditakutkan untuk mendedahkan maklumat-maklumat dari pembangkang. BN perlu membuka minda, bersifat 'ganttleman' dengan berani bersaing dengan pembangkang ditengah-tengah masyarakat. Penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin BN perlu ada 'telor', bukan hanya berani berhujah di dalam 'Buliten Utama' sahaja, bahkan mereka juga perlu mengadakan 'Road Show" dan ceramah-ceramah seperti yang diamalkan oleh pembangkang.Apa perlu takut untuk menyiarkan ulasan-ulasan dari Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Guan Eng? 

Kesimpulannya, bagi pendapat saya, media arus perdana merupakan senjata BN. Senjata untuk membantu menjadikan BN kuat atau mungkin juga akan memakan diri sendiri. Maklumat yang disekat dari memasuki minda rakyat, boleh menyebabkan rakyat memberontak dan beralih kepada media-media altanatif. Maka, secara tidak langsung lebih ramai rakyat memihak kepada PR dan tidak mempercayai media perdana. BN perlu berani bersikap terbuka. Media prokerajaan seperti TV3 suku terutamanya, janganlah ketara sangat menjadi 'pencacai' BN. Nanti rakyat semakin loya dan meluat!!!

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost