Sunday, March 29, 2009

Batang Ai:Satu lawan satu (PKR vs PRS)



LUBUK ANTU, : Seperti diramalkan sebelum ini, Barisan Nasional bakal berdepan satu lawan satu dengan KeADILan di Batang Ai apabila kelibat calon bebas masih belum muncul walaupun jam sudah menunjukkan 11 pagi.

Calon KeADILan Jawah Gerang menyerahkan borang tepat jam 9.00 pagi. Beliau dicadang oleh Unggeh Babang dan disokong oleh Lepang Gerang.
Calon BN Malcolm Mussen menyerahkan borang jam 9.11 pagi. Mussen dicadang oleh Gerang Jubin dan disokong oleh Jampi Tutong.

Seramai 3,000 penyokong KeADILan bergerak ke pusat penamaan calon diiringi oleh pemimpin utama termasuk Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.
Manakala calon Bn diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Proses pencalonan berjalan lancar dan diawasi oleh kira-kira 800 anggota polis. Unit FRU serta pasukan tempur polis bersenjata raifal
automatik berbaris di bahu jalan seawal jam 4.00 pagi.
Bandar yang jarang-jarang berpengunjung itu dipenuhi oleh pelancong politik dari segenap pelusuk negara yang berjumlah sekitar 10,000.

Calon Bebas Tarik Diri

Sebelum itu, seorang calon Bebas iaitu Johnny Chuat, seorang graduan Komunikasi dan Kewartananan dari University Carleton, Kanada turut menawarkan diri untuk bertanding. Namun, Johnny Chuat menarik diri dan mengisytiharkan sokongan kepada calon PKR.
Keputusan Johnny Chuat menarik diri disambut dengan sorakan oleh PKR dan beiau menerima ucapan tahniah dan terima kasih dari MB Selangor YAB Tan Sri Khalid yang turut berada di pusat penamaan calon.


MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost