Monday, March 30, 2009

Ulasan Penamaan Calon 2 Bukit 1 Batang - N25 N29 & P59


Terpahat dlm lipatan sejarah apabila 3 PRK akan dilakukan serentak bulan depan. 7 April tarikh keramat dan tarikh sejarah apabila pengundi di ketiga2 kawasan akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pemimpin kawasan mereka.

N25 Bukit Selambau - Kedah

                                   P59 Bukit Gantang - Perak

                                   N29 Batang Ai - Sarawak

Kejutan yg paling ketara adalah di N25 Bukit Selambau apabila terdapat lebih kurang 15 Calon dilaporkan akan bertanding. Di P59 pulak menyaksikan perlawanan 3 penjuru BN-UMNO Vs PAS Vs Bebas & perlawanan 1 lawan 1 di Batang Ai N29 Sarawak. PKR buat pertama kalinya meletakan bekas MP sebagai calon mereka di Batang Ai.

N25 Bukit Selambau

Pencalonan dikejutkan & dimeriahkan dgn 15 pencalonan diterima. Kebanyakan calon2 bebas yg bertanding adalah drpd UMNO sendiri. Hakikatnya mereka2 ini merupakan ahli2 UMNO dan MIC yang kecewa.

Calon BN S.Ganesan dari MIC pula mungkin tidak mendapat sokongan padu dari ahli UMNO sendiri kerana UMNO pernah menyuarakan untuk meletakkan calon untuk bertanding disini.

P59 Bukit Gantang - Perak

Pertandingan 3 penjuru akan berlaku. PAS meletakkan Ir Nizar, BN-UMNO meletakkan calon tempatan Ismail Safian & calon bebas Kamarul Ramizu Idris. Melihat kepada penyokong2 yg hadir dapat diramalkan pertandingan di P59 adalah pertembungan yg amat sengit sekali. Bukit Gantang boleh dikatakan kubu kuat PAS.

UMNO mengambil isu derhaka Nizar kepada Sultan Perak dan beberapa lagi isu tempatan sebagai modal kempen di Perak. Manakala PAS mengambil isu rampasan kuasa BN di Perak bagi menarik simpati pengundi2 di P59. Kalah & menang PAS akan memberikn 'indication' adakah rakyat merestui kerajaan pimpinan BN yg baru di Perak.

Kemenangan PAS melalui menteri besar rakyat iaitu YB Nizar akan membuktikan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Perak seterusnya melenyapkan tuduhan derhaka yang di lemparkan terhadap YB Nizar. 

N29 Batang Ai - Sarawak

Di Batang Ai pula BN meletakkan calon tempatan Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang. Meskipun kawasan ini merupakan kawasan selesa bagi BN. Tetapi kredibiliti PKR tidak boleh dipandang rendah. Melihat kepada majoriti yg tidak begitu tinggi. Apa2 pun mungkin terjadi.

PKR memerlukan kemenangan di N29 utk memberikan impak kepada bertapaknya PKR di Sarawak memandangkan Pilihanraya Kecil Sarawak berkemungkinan diadakan pada tahun 2010. Meskipun PKR merupakan calon underdog disini PKR yakin bahawa dgn mengetengahkan isu Tanah kaum Iban di Batang Ai. Kehadiran ribuan penyokong PKR yang jelas mengatasi penyokong BN semasa penamaan calon mungkin boleh memberi sedikit keyakinan untuk PKR menawan kerusi ini.

Apa2 pun PKR tidak boleh memandang rendah kebolehan lawannya kali ini memandangkan ia pertandingan 1 lawan 1. Kita saksikan keputusan nanti.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost