Thursday, April 9, 2009

Barisan Kabinet Najib:Pembaharuan Yang Memecahkan Parti


Daripada Blog MERAH TINTA

Senarai Penuh Kabinet Dibawah

BARISAN Kabinet Najib Razak yang ditunggu-tunggu sejak tujuh hari lalu akhirnya dizahirkan hari ini. Tepat jam 3:00 petang tadi Najib mengumumkan barisan Kabinetnya di sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya.

Dengan didampingi timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang sudah mulai pandai tersenyum, Najib menghuraikan mengenai fungsi, semangat, pendekatan dan falsafah pembaharuan yang dibuatnya dalam Kabinet itu secara ringkas.

Bagi Najib Kabinet yang mengandungi 28 menteri dan 40 timbalan menteri itu Kabinet perubahan yang dibentuk selepas beliau berbincang dengan berbagai pihak. Kabinet itu juga adalah saf kepimpinan yang diidamkan dan dibentuk atas responsif rakyat dan peka dengan tuntutan semasa.

Motto atau tagline Kabinet Najib ialah; satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan!

Berdiri juga bulu roma ketika mendengar Najib memberi huraian mengenai harapannya kepada barisan Kabinetnya itu. Nampak kesungguhan dan ketulusan Najib yang mengharapkan menteri berkerja untuk rakyat dan mendahului rakyat dari segala-gala kepentingan lain.

Apabila Najib menekankan supaya menterinya berkerja untuk rakyat dan prestasi mereka akan dinilai sendiri olehnya setiap enam bulan sekali memberi gambaran Najib bukan main-main untuk melakukan pembaharuan dan membawa perubahan bagi membela rakyat.

Seharusnya apapun tanggapan terhadap Kabinet Najib beliau hendaklah diberi peluang. Sama-samalah kita menerima Kabinet Najib dan menilai sejauh mana keupayaannya secara adil. Sebagai Kabinet sulung tentu ianya akan dikemaskan dari semasa ke semasa selepas ini.

Di sini saya tidak berhajat untuk menilai satu persatuan kepakaran, bakat, kebolehan dan saksiah menteri-menteri Najib termasuknya beberapa orang muka baru yang belum dikenali dari mana datangnya itu. Setengah daripadanya kita sudah pun tahu sejauh mana kebolehan dan komitmen mereka kepada tugas masing-masing serta mengenali hitam putih latar belakangnya.

Masih ada yang tidak berkemampuan melaksanakan tugas tetapi dikekalkan dalam Kabinet manakala mereka yang rajin dan mempunyai idea dibuang. Sekali lagi hak ini adalah hak Najib, walaupun pengekalan itu mungkin atas sifat kronisme.

Pun begitu kalau tindakan membuang dan membawa masuk muka baru itu dibuat bukan atas kebolehan, bakat, komtimen dan semata-mata kepada kesetiaan dan kerana kroni, ia tidak akan membawa perubahan seperti mana yang diharapkan itu. Najib hanya perlu tunggu masa sajalah kekecohan dan keretakan akan berlaku dalam kepimpinannya.

Secara umumnya tidak ada apa-apa kejutan yang dilakukan Najib dalam penyusunan itu seperti mana diduga. Walaupun menurutnya penyusunan itu dibuat bukan bersendirian tetapi setelah menerima pandangan daripada berbagai pihak, tetapi ia menimbulkan keyakinan sejauh manakah akan keidealannya. Yang barang tentunya pandangan bekas PM, Abullah Badawi mungkin tidak diambil kira.

Siapakah antara orang yang dirujuk oleh Najib? Semalam saya sudah meramalkan kalau Mukhriz Mahathir dibawa masuk ke dalam Kabinet dan Khairy Jamaluddin dicicirkan, sahih antara orang yang dirujuk itu ialah Mahathir Mohamad. Sudah pasti kalau Mahathir dirujuk Mahathir tidak akan halal untuk Khairy menyertai Kabinet kononnya Khairy seorang perasuah!

Nampaknya cita-cita dan impian Mahathir tercapai. Kesanggupannya turun berkempen di Bukit Gantang berbaloi apabila hari ini anaknya Mukhriz dilantik menjadi timbalan menteri, Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI) di mana kementerian yang merupakan sekolah untuk seseorang menjadi perdana menteri di masa akan datang. Perlantikan Mukhriz yang kalah itu sebagai imbuhan untuk Mahathir.

Kita pun faham kenapa Mukhriz diletak di bawa Mustapa Mohamed ialah untuk membolehkan Mustapa mengajar ataupun diajar oleh Mukhriz yang akan menerima nasihat dari bapaknya, Mahathir. Umum juga tahu siapakah Mahathir bagi Mustapa Mohamed.

Tindakan Najib untuk akur atas kehendak (Mahathir) itu, membawa masuk orang yang kalah dan meninggalkan orang menang satu keberanian. Tindakan ini jarang dilakukan perdana menteri sebelum ini. Tradisi ketua pemuda tidak dilantik menyertai Kabinet yang diamalkan Mahathir Mohamad tampaknya menjadi turutan Najib. Mahathir tidak melantik Zahid Hamidi ke dalam Kabinet walaupun Zahid menang ketua pemua. Apakah ini juga pembaharuan dan perubahan glokal?

Sebenarnya tidak mengapa kalau ketua sayap parti tidak memegang apa-apa jawatan. Khairy boleh berkerja dan memfokuskan untuk menguatkan memperkasakan pemuda dan parti. Tetapi apabila ketua sayap Puteri dan Wanita serta Naib Timbalan Ketua dibawa masuk dalam Kabinet cara itu akan dianggap sengaja dilakukan untuk menghina Khairy.

Sekiranya Najib tidak berhajat untuk mengambil Khairy disebabkan tuduhan rasuah, (oleh Mahathir) maka beliau juga patut tidak mengambil ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jali, ketua Puteri, Rosnah Rashid Sirin dan Naib Ketua Pemuda, Razali Ibrahim sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pengguguran Syed Hamid Albar, Zulhasnan Rafiue, Mohd Zain Abdullah, Azalina Othman Said, Muhamad Mohd Taib serta timbalan menteri Idris Harun, mungkin tidak akan menimbul apa-apa kesan sebab mereka tidak menjadi ketua kepada mana-mana sayap parti.

Mereka boleh pergi begitu saja apabila dirasakan sudah tidak diperlukan lagi.

Tetapi Khairy adalah ketua pemuda. Walaupun tidak semua barisan kepimpinan Pemuda bersamanya namun suku daripada telah memilihnya. Cara Najib mencicirkan nama Khairy itu bukan saja memalukan menantu bekas PM ke-5 itu tetapi memalukan seluruh saf Pemuda.

Kesimpualnya penyusunan Kabinet baru Najib tadi, dari segi zahirnya ia diakui mempunyai roh dan ada komitmen untu membela rakyat dan melakukan perubahan dalam kerajaan. Tetapi malang sedikit Najib kurang memberi perhatian kepada soal-soal keadilan dan kesaksamaan di dalam paritnya sendiri.

Apabila Najib menggugurkan orang tertentu serta merombak tradisi parti secara mendadak ia menjejelaskan kepada dunia Najib tidak dapat membuang sentimen dan rasa benci kepada satu pihak lain. Sikap ini sesungguhnya tidak menguntungkan Najib kerana ia lama kelamaan boleh menimbulkan pepercahan dan timbulnya fraksi dalam partinya. [d'kota kl 4:30 pm 09/04/09]

Berikut senarai penuh Kabinet Najib 2009:

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost