Tuesday, April 14, 2009

Pakatan Rakyat: Kerajaan Persekutuan 2011?




Pada kurang daripada 5 tahun lepas UMNO dan BN memegang kuasa yang paling besar dalam sejarah negara dengan menguasai lebih daripada 90% kerusi Dewan Rakyat.

Tetapi sifat takabbur dan riak mula menjadi bibit-bibit perpecahan dan kehancuran UMNO dan BN.

Keadaan sudah terbalik. Dahulunya UMNO dan BN mengekalkan sokongan golongan Melayu pada nisbah lebih kurang 50%, dan bergantung kepada sokongan padu golongan bukan Melayu; kini keadaan sudah berubah. Sekiranya warga Cina, India, Kadazan, Dayak dan warga Malaysia selain Melayu menyokong Pakatan Rakyat dan UMNO berterusan memperjuangkan Ketuanan Melayu, maka kekuasaan yang BN rasai dahulu akan berpindah kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Golongan muda yang lebih-kurang 100% mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya UMNO dimana UMNO memohon restu rakyat (tetapi tidak direstui) lebih memeritkan suasana.

Ahli akar umbi haruslah meningkatkan usaha menambahkan ahli untuk memastikan 'mood' berterusan hingga ke tarikh PRU yang akan datang. Bersiap-sedialah golongan seperti Hamid Albar yang akan merasakan peritnya ditahan dibawah ISA.

Harapan saya agar Abang Mat Sabu 'ditabalkan' sebagai Menteri Dalam Negeri dan berkuasa penuh untuk menuntut keADILan bagi tahanan yang dipisahkan daripada keluarga dan sanak saudara tanpa bukti empirik.

Telah saya katakan dalam posting saya sebelum ini bahawa teori RAHMAN akan berakhir dengan N; iaitu Najib Razak; dan dengan huruf itulah juga terbenamnya politik perkauman, tindas menindas dan politik ugutan.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost