Tuesday, April 7, 2009

PRK N25 Bukit Selambau - Keputusan Rasmi


Habis kesemua 22 peti undi dikira maka dengan ini Calon PKR S. Manikumar telah memenangi DUN Bukit Selambau dengan majoriti undi sebanyak 2396 undi. S. Manikumar telah mengalahkan S. Ganesan dari MIC serta 13 calon Bebas.

Peningkatan undi majoriti hanya sebanyak 34 undi sahaja.

Latarbelakang Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau.

Pada 9 Februari 2009, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) kawasan Bukit Selambau, V. Arumugam melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN kawasan tersebut. Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan ADUN yang ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri dan sepucuk lagi kepada Azizan untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu Exco Kerajaan Negeri dan ADUN.

Pilihan raya ini mencatat sejarah kerana terdapat 15 calon yang bertanding, iaitu seorang wakil Barisan Nasional (MIC) iaitu Datuk S. Ganesan, dan seorang wakil Pakatan Rakyat (PKR) iaitu S. Manikumar, diiringi 13 orang calon bebas.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 V. Arumugam menang dengan majoriti 2362 undi mengalahkan S. Krishnan dari MIC.

TAHNIAH BUAT PKR YANG BERJAYA MENGEKALKAN KEMENANGAN DI N25 DUN BUKIT SELAMBAU.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost