Tuesday, April 7, 2009

PRK P059 Bukit Gantang - Keputusan Rasmi


Calon Pakatan Rakyat dari Parti PAS Mohd Jamaluddin Nizar yang mendapat 21,860 undi telah mengalahkan Ismail Saffian dari BN-Umno yang mendapat 19,071 undi. Manakala calon Bebas Kamarul Ramizu Idris hanya mendapat 62 undi sahaja.

Dengan ini calon Pakatan Rakyat dari Parti PAS telah memenangi kerusi P059 Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi berbanding 1566 undi yang dimenangi oleh Roslan Shaharum pada PRU 12 tahun lepas.

Latarbelakang Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang.

Parlimen Bukit Gantang ini terdiri daripada 3 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kuala Sepetang (N31), DUN Changkat Jering dan DUN Trong. Yang menarik di kawasan ini adalah terdapat ADUN Changkat Jering menjadi ADUN Bebas apabila YB Mohd Osman Mohd Jailu mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat. Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 Februari 2009 di Batu Gajah, Perak kerana serangan jantung semasa sedang menunggang basikal.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 Roslan Shaharum menang dengan majoriti 1566 undi mengalahkan Azim Zabidi dari BN dan M. Morgan dari Bebas.

TAHNIAH BUAT PAS YANG BERJAYA MENGEKALKAN KEMENANGAN DI P059 BUKIT GANTANG

"Suara Rakyat, Suara Keramat..!"

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost