Selamat menyambut hari buruh, hari untuk cuti, hari beristirehat, hari untuk meng'update' blog, hari...............................
Tapi tahukah anda sejak bila Malaysia mengumumkan hari buruh sebagai cuti umum.
Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh pekerja-pekerja tempatan pada hari ini Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.
Pengumuman itu dibuat Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.
Dalam penjelasannya, Allahyarham menyatakan bahawa keputusan itu telah dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai satu hari dedikasi sesuai dengan cita-cita kebangsaan dan berharap gerakan pekerja akan didorong oleh tujuan dan rasa terikat kepada cita-cita kebangsaan tersebut.
Sambutan Hari Pekerja tidak disambut pada hari yang sama oleh setiap negara yang mengiktiraf Konvensyen ILO yang berkaitan. Pada tahun 1884, Persekutuan Kesatuan Buruh dan Pekerja Berkesatuan meluluskan resolusi yang menggariskan kerja lapan jam sehari yang sah mulai 1 Mei 1886. Resolusi itu juga menggesa diadakan mogok umum untuk mencapai matlamat memandangkan pendekatan perundangan menemui kegagalan. Kira-kira 250,000 pekerja berhimpun pada gerakan Hari Mei. Bagaimanapun rekod juga menunjukkan Hari Pekerja telah mula disambut pada September 1882 di Amerika Syarikat.
``Oleh itu, tidak semua negara menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Pada peringkat permulaan, negara-negara fahaman komunis menyambut hari keistimewaan ini pada 1 Mei, manakala yang bukan komunis pada hari-hari yang lain,'' kata Setiausaha Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Getah Malaysia, A.J. Patrick.
Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway (Hari Mei, 1 Mei), Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand, Perancis, Hong Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei, Kanada dan Amerika Syarikat (2 September), Jepun mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja (23 November), New Zealand (28 Oktober), Britain (6 Mei).
0 comments:
Post a Comment