May Seven merupakan satu tarikh yang bakal meninggalkan kesan mendalam kepada kita semua. Pada tarikh ini kita akan melihat sama ada amalan demokrasi masih segar ataupun sebaliknya. Bolehkah para Penggubal Undang-Undang yang telah kita sama-sama pilih menghuni Dewan Undangan Negeri bersidang dengan sopan dan mengikut peraturan yang telah sedia ada?
Soalan ini akan terbentang mulai 7 Mei ini dan kita semua boleh menghayati jawapannya sebaik sahaja Persidangan menyelesaikan segala urusannya. Yang sudah tentu pasti perjalanan May Seven tidak akan serupa dengan iklan Mild Seven yang berkayuh dengan sebuah sampan kecil ditengah-tengah lautan luas. Tidak terbayangpun oleh kita yang ia akan diserang oleh jerung atau ditawan oleh lanun. Sipengayuh dilihat seperti berkata “Wa ta` kacau lu dan lu jangan kacau Wa”.
Satu persoalan besar yang mungkin tercetus ialah dalam aspek sejarah. Jika ada perkara-perkara yang luarbiasa berlaku semasa diPersidangan “proper” sebenar itu nanti ia pasti melakar sejarah. Jika terdapat usul-usul yang mahu Speaker dipecat dan sebagainya, ianya akan menjadi sejarah. Begitu juga jika tempat duduk disebelah kanan akan dihuni oleh Ahli-Ahli Dewan daripada Pakatan Rakyat maka ianya juga tercatat sebagai sejarah. Kerana pada hakikatnya pembangkang akan ditempatkan disebelah kiri Speaker. Dan jika ada perkara-perkara lain yang luarbiasa tercetus semasa Sidang Dewan itu nanti ia tidak akan dapat lari dari menjadi sejarah.
Memang benar Sejarah boleh mengajar kita dan boleh menjadi panduan dan sempadan untuk generasi akan datang. Kita harus sedar banyak sejarah yang memberi malu kepada kita. Jika telatah manusia dizaman batu masih mahu kita contohi dizaman dunia tanpa sempadan ini maka kita bersedialah untuk dikutuk oleh cucu cicit kita sendiri.
Kita semua sedar akan masaalah yang sedang kita hadapi. Mengapa para pemimpin kita enggan memulangkan kembali kuasa kepada rakyat. Bukankah rakyat sendiri yang benar-benar berhak menentukan apa yang mereka mahu?
Kepada para Penggubal Undang-Undang Utamakanlah Rakyat didalam semua hal dan urusan. Apabila terdapat masaalah yang sepatutnya disempurnakan oleh rakyat, janganlah ada pihak yang mendabit dada dan dengan angkuh mengatakan mereka sendiri mampu menyelesaikan sebesar manapun masaalah.
Kepada para pendokong Parti terutama dari Pakatan Rakyat tidak perlulah kita pergi keSUK itu. Kita berikan ketenangan kepada Wira-Wira kita menyempurnakan tugas dan tanggung jawab. Saya yakin dan percaya Doa kita akan dimakbulkan. Saya kuatir ada pihak yang akan membuat provokasi dan kita sendiri fahamlah apa tindakan yang akan kita terima akibat dari perbuatan orang lain. Sudah menjadi adat kehidupan ini pihak- pihak yang menindas akan didapati BETUL kepada setiap perlakuan mereka.
Selamat Bersidang.
0 comments:
Post a Comment