VK Linggam yang telah mengemparkan negara dengan perbualan telefon mengenai kebobrokan sistem kehakiman negara ini ada menyebut nama Ramly Ali.
““Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Heliliah Mohd Yusof, Ramly Ali dan Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.”
Lagi katanya yang juga Ketua Keadilan Rembau, ““Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.”
Menurut Badrul, Hakim Ramly - mengadili kes rayuan Zambry - telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April lalu, iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes ini di Mahkamah.
“Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.
“Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan Umno melalui VK Linggam.”
Pada 12 Mei yang lalu Zambry telah mengemukakan permohonan untuk menangguhkan terlebih dahulu penghakiman yang telah dibuat sehari sebelum itu - penghakiman yang memihak kepada DS Nizar.
Namun keadaan berbeza berlaku kepada Nizar yang memohon untuk mengetepikan permohonan Zambry - mahkamah hanya mendengar permohonan tersebut pada 18 Mei akan datang iaitu pada hari Isnin, dan keadaan bertambah malang bagi pihak Nizar apabila mahkamah terpaksa menangguhkan lagi tarikh mendengar kepada 21 Mei.
0 comments:
Post a Comment