Wednesday, June 24, 2009

Manek Urai: UMNO,Dah Fikir Habis Ke? - Manohara/Nizar/DAP/PAS


UMNO berkokok sumbang lagi, kini di Manek Urai pula. Umpan kebendaan dan janji-janji kosong di hamburkan di Manek Urai. Kadang-kadang aku pelik jugak, kenapalah UMNO ni tak serik-serik dan tak reti-reti bahasa lagi. Mungkin jugak otak dan fikiran mereka dah jadi bebal akibat dosa-dosa melawan agama Allah SWT. Kemungkinan besar faktor hampir 99 peratus pengundi di DUN Manek Urai daripada orang Melayu menjadi sebab utama UMNO ingin berkokok dan bergalak semula selepas menyepi pada pilihan raya kecil di DUN Penanti.

UMNO masih menganggap orang Melayu mudah diperbodohkan dengan umpan kebendaan dan projek "mee segera" berbanding kaum lain. Betapa murahannya orang Melayu di kaca mata para pemimpin UMNO. Disebabkan faktor itu juga UMNO nampak mereka ada kelebihan dengan mengumpan banyak kebendaan dan projek "mee segera" bagi menawan hati pengundi Melayu. Menurut daftar pemilih sebelum ini daripada 12,272 pengundi di DUN Manek Urai bilangan pengundi bukan Melayu hanya seramai 88 orang, manakala pengundi pos sebanyak 83 orang.

Di khabarkan juga, Ketua Pemuda Rasuah Malaysia juga akan turut berkokok sumbang dan melalak tak tentu hala kat Manik Urai. Ini merupakan "political advantage" kepada PAS kerana rakyat Kelantan tidak mudah lupa dengan tragedi "pade doh 18 tahun" yang dilancarkan oleh bekas budak tingkat 4 pejabat PM ini. Tragedi ini cukup melukakan hati rakyat Kelantan malah menimbulkan rasa kurang senang pemimpin UMNO sendiri. Sebenarnya UMNO tidak pernah belajar dengan kesilapan yang telah mereka buat selama ini.

Politik dikaitkan dengan intrig dan polemik, masyarakat Kelantan merupakan masyarakat yang gemar berpolitik tanpa mengira musim. Rakyat Kelantan merupakan rakyat paling peka dengan isu-isu semasa berbanding teman-teman mereka di negeri lain. Sementelah pula di Manek Urai yang merupakan kubu kuat PAS sejak 1986. Hanya PRU 2004 PAS tewas tipis kepada UMNO BN. Pada pilihanya kecil kali ini, para pengundi di Manek Urai akan pastikan UMNO terburai dan terbarai dan bersemadi terus disana. Jangan tinggalkan jejak UMNO walaupun sedikit wahai pengundi Manek Urai...
Oleh: addin77.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost