Wednesday, June 24, 2009

Nizar vs Zambry: DUN Perak Bubar selepas PRK Manek Urai ? - Manohara/Nik Aziz/UMNO

Pengarah JPP Pas Pusat: DUN Perak bubar selepas PRK Manek Urai - perakexpress

Kesulitan dan krisis perlembagaan yang berlaku di negeri Perak hanya akan rungkai apabila Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan sebuah Pilihan Raya Kecil Negeri Perak akan diadakan.

Dalam mengungkap perkara ini, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman dipetik sebagai berkata kepada akhbar atas talian harakahdaily.net bahawa DUN Perak akan dibubarkan dan pilihan raya di Perak mungkin akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai.

“Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut [untuk] hadapi pilihan raya Perak.”

Oleh sebab demikian, katanya adalah elok bagi parti tersebut terutamanya organ di bawahnya untuk bersiap sedia dengan kemungkinan bahawa Pilihan Raya Kecil Negeri Perak akan diadakan.

Untuk rekod, PAS Di Perak hanya menang enam dari 21 buah kerusi yang mereka bertanding pada pilihan raya umum yang lalu. Beberapa kerusi lagi PAS cuma tewas bawah 1500 undi.

“Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500.

“Dalam PRK Bukit Gantang apa yang kami lihat ialah jentera di peringkat kawasan di sana tak begitu bermaya, kerja pilihan raya tidak berjalan dengan baik jika tiada bantuan negeri dan kawasan susahlah, kita kena melihat itu,” memetik katanya di Harakahdaly.net.

“Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak,” katanya.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost