Monday, June 29, 2009

Nizar Manek Urai: Kes Rogol Kaum Penan, Bila Nak Selesai ???


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, digesa supaya tampil dan membuat pengumuman mengenai kandungan Laporan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa wanita muda dan pelajar dari kaum Penan di rogol pembalak di pedalaman Baram.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin ketika membuat gesaan itu berkata, orang ramai sudah lama menunggu pendedahan laporan itu, sebagaimana yang dijanjikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

"Sehingga kini, rakyat Malaysia masih menunggu hebahan mengenai laporan penyiasatan yang lengkap disediakan pada pertengahan bulan November 2008 oleh badan itu," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

"Wanita Keadilan menuntut supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, segera mengedarkan laporan itu kepada umum supaya dapat diteliti, dan bersama mencari jalan penyelesaian isu ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Tahun lalu, sebuah laman web NGO, Bruno Manser Foundation, menyiarkan artikel yang mendakwa mereka mendapat maklumat bahawa wanita muda dan pelajar perempuan kaum Penan dirogol oleh pekerja balak di pedalaman Baram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kemudiannya dilaporkan berkata, siasatan polis tidak menemui bukti mengenai perkara itu, manakala Dr Ng Yen Yen pula berkata, kerajaan akan mengumumkan hasil siasatan mengenainya nanti. - Bernama
masdarwahid.blogspot.com

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost