Thursday, June 11, 2009

Nizar Vs Zambry: Akhirnya Musang Berbulu Ayam Dalam PAS, Sudah Terdedah


Bila mendengar ucapan bekas Naib presiden PAS, ustaz Ahmad Awang maka banyaklah terlerai segala persoalan yang terbuku di kepala selama ini. Ustaz Ahmad Awang sendiri mengesahkan adanya pemimpin PAS yang menghubunginya ketika selepas sahaja PRU12.

Bertujuan memujuk supaya diadakan kerjasama antara PAS dan UMNO dalam membentuk kerajaan di Perak.(Peristiwa hampir serupa juga berlaku di selangor)

Orang yang menghubungi Ahmad Awang ini memang orang yang disegani. Jauh sekali dari sangkaan kita bahawa dia akan berperangai begitu. Tetapi itulah ketentuan Allah. Hanya Allah yang mengetahui apa yang sebenarnya terpendam dilubuk hati manusia. Segala rupa paras, pakaian, ilmu, dan tutur kata yang lemah lembut tidak akan mampu memperdaya Allah, malah dialah telah diperdaya oleh Allah swt.

Ada setengah orang berbuat amal ibadat sangat banyak, alim dan baik di beri umpamaan dalam hadis seolah olah dia hanya tinggal sehasta sahaja lagi dari syurga( betapa beramalnya dia) tetapi kerana dia telah tertulis ahli neraka, maka timbullah macam macam punca yang akan membawa dia ke neraka.

Setelah cerita Ahmad Awang tentang pemimpin musang berbulu ayam ini, timbul pula cerita muktamar PAS yang mendapat tajaan UMNO. Ada orang kaya UMNO bayar bilik penginapan pemimpin PAS. Pemimpin yang menginap mungkin tidak tahu siapa yang membayar sewa bilik mereka, tetapi sipenganjur tetap tahu. Jadi ternyata sipenganjur sudah berfikir panjang dan bersiap sedia dengan jawapan.

Ternyata nanti PAS akan masuk satu episod baru. Mungkin lebih hebat dari kisah kisah Nakhaei. Nakhaei adalah salah seorang ulama PAS yang pada satu masa dulu tidak ada orang akan sangka dia akan keluar dari PAS. Tetapi apa yang tertulis dalam takdir Allah pasti akan berlaku. Tidak akan ada orang akan dapat mengubahnya.

Teringat kata kata Harun Din baru baru ini, "PAS harus berhati hati terhadap musuh dalam selimut yang ada dikalangan pemimpin yang bakal menguasai parti.

(Nama orang tersebut sudah tersebar dengan meluas.Tunggulah dua tiga hari lagi,anda akan tahu siapa orang tersebut.)
Oleh: ramziredang@tranungkite.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost