Thursday, June 11, 2009

Nizar Vs Zambry: DUN Jawi, mungkin ada p'raya kecil lagi


So, now…. SPR, jangan pening-pening kepala dan banyak songeh. Just be prepared untuk kemungkinan menghadapi satu lagi pilihan raya kecil. Hello…… hello….. UBN, mau tanding ka…. tarak mau tanding ka????

Kesian UBN…. Manek Urai belum selesai….. Jawi pulak mungkin mai. Berpesta lagi kita yeop!!! Kali ini, jika jadi ler….. apa pulak ler muslihat dan kerenah SPR untuk mengocah kita. SPR….. SPR….. tahun ni komer betoi-betoi jadi badut di pesta pilihan raya kecil!!!!

Okay ler kengkawan….. Jawi belum pasti lagi tapi jangan lupa kita jumpa lagi di Manek Urai. Bye…..-msk


Lagi P'raya Kecil? ADUN DAP serah surat letak jawatan-malaysiakini

Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.

Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab" terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.

Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai "jaminan" sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.

Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost