Monday, June 8, 2009

Nizar Vs Zambry: Mahkamah bukan platform penyelesaian politik


(Harakah)- Mahkamah bukanlah tempat sesuai untuk mencari keadilan dalam isu politik di Malaysia, rumus tiga ahli panel forum anjuran Badan Perhubungan PAS negeri yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Forum yang membincang isu semasa khususnya krisis politik di Perak itu membariskan Mohamed Hanipa Maidin dari PAS, Harith Abdullah (KeADILan) dan M Kulasegaran (DAP).

Ia dipengerusikan Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Mohd Fadly Ramli yang juga seorang peguam.

Harith dalam hujahnya berkata, krisis politik di Perak berpunca daripada 'kebodohan' Umno-BN yang tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, Umno-BN dalam usaha untuk berkuasa turut memperalatkan kakitangan dan agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada suatu ketika, SPR katanya bertindak seperti polis dan hakim yang menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman.

Beliau merujuk tindakan badan itu yang menolak notis kekosongan tiga kawasan Dun di Perak oleh Speaker atas alasan surat perletakan jawatan tiga Adun itu sebagai tidak sah.

Ahli Parlimen DAP, M Kulasegaran tidak sependapat dengan para pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang membawa krisis politik di negeri itu ke mahkamah kerana institusi tersebut tidak mampu memberi keadilan.

Katanya, setelah 25 tahun menjadi pengamal undang-undang beliau mengetahui latar belakang sebahagian besar para hakim.

"Saya sudah 25 tahun menjadi peguam, saya kenal sebahagiannya dan tahu ada diantara mereka mempunyai hubungan dengan para pemimpin Umno-BN untuk mendapat kedudukan di dalam kerjaya mereka.

"Itulah sebabnya saya tak bersetuju isu politik dibawa ke mahkamah kerana negara memerlukan hakim�hakim yang jujur, amanah, telus dan bebas.

"Kita juga perlukan Mahkamah Perlembagaan sebagaimana di Thailand, India dan negera-negara lain khusus untuk membicarakan kes-kes seperti ini," katanya.

Isu ini katanya memerlukan penyelesaikan politik iaitu melalui pilihan raya bagi membolehkan rakyat membuat keputusan.

Hanipa berkata, pihaknya telah membuat yang terbaik di mahkamah untuk memastikan prinsip keadilan terlaksana walaupun ramai yang meragui ketelusan mahkamah dalam membicarakan isu-isu politik membabit Umno-BN.

Kata beliau, pihaknya berhujah untuk mempertahankan kebenaran dan menentang kezaliman.

"Kami mempunyai hujah yang amat kuat dan telah melakukan yang terbaik, saya berharap mahkamah membuat pertimbangan berdasarkan hujah," katanya.

Menurut Hanipa, pihaknya telah dimaklumkan oleh banyak sumber termasuk dari bekas-bekas Hakim mengenai peluang untuk menang adalah tipis justeru keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Nizar lwn Zambry tidak langsung mengejutkan.

Menurut Hanipa, walaupun Umno-BN menang dalam kes berkenaan tetapi mereka sebenarnya telah hilang keabsahan dan apa sahaja yang dilakukan tidak akan dipercayai oleh massa menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno, BN, kerajaan dan agensinya semakin luntur. - mks.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost