Ditanya mengenai tindakan Pas yang sebulat suara meluluskan usul mendesak kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja bagi menyiasat kerajaan Perak yang kini ditadbir oleh BN, Ahmad Zahid menegaskan kerenah tersebut tidak perlu dilayan.
Katanya, BN akan memerintah Perak seperti biasa kerana apa yang penting ialah usaha mengubah persepsi masyarakat terhadap kerajaan.
"Jika mereka yakin sangat mendapat sokongan rakyat, tunggulah sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
"Pesan saya kepada Pas dan pakatan pembangkang, terimalah hakikat mereka telah hilang sokongan majoriti (di Perak)," ujarnya.
Kabur sejarah: Pemimpin BN perlu latihan - Utusan
BANGI 8 Jun - Kekaburan tentang sejarah Malaysia di kalangan segelintir pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) menyebabkan merekatergamak mempolitikkan fakta hingga menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.
Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya elemen sejarah diterapkan kepada semua pucuk pimpinan BN termasuk UMNO agar fakta sejarah tidak dipolitikkan.
"Saya fikir sudah tiba masanya kita menyediakan satu bentuk latihan dengan menerapkan elemen baru bagi mendidik pemimpin BN mengenai sejarah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai segelintir pemimpin komponen BN yang tidak senang dengan teguran berlandaskan sejarah seperti mana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia melalui kolum Awang Selamat.
Baru-baru ini, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mahu Awang Selamat dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana kolumnis itu menyiarkan semula kenyataan mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan mengenai fakta sejarah kaum di Malaysia.
Sedangkan bahan sejarah mengenai kaum itu dinyatakan sendiri oleh kedua-dua tokoh bukan Melayu berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai gesaannya itu, Ahmad Zahid memberitahu, penerapan elemen sejarah akan memberi lebih penghayatan kepada pemimpin BN mengenai semangat perpaduan.
"Elemen sejarah menjadikan pemimpin BN bersifat lebih pragmatik dalam menghargai keharmonian yang dikecapi hari ini," jelasnya.
Ditanya mengenai tindakan Pas yang sebulat suara meluluskan usul mendesak kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja bagi menyiasat kerajaan Perak yang kini ditadbir oleh BN, Ahmad Zahid menegaskan kerenah tersebut tidak perlu dilayan.
Katanya, BN akan memerintah Perak seperti biasa kerana apa yang penting ialah usaha mengubah persepsi masyarakat terhadap kerajaan.
"Jika mereka yakin sangat mendapat sokongan rakyat, tunggulah sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
"Pesan saya kepada Pas dan pakatan pembangkang, terimalah hakikat mereka telah hilang sokongan majoriti (di Perak)," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut bersetuju barisan kepimpinan BN diingatkan semula tentang fakta sejarah terutama kalangan pemimpin muda.
Katanya, kegagalan menghayati fakta sejarah menyebabkan segelintir pemimpin sanggup mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan realiti seolah-olah cuba menidakkan apa yang telah berlaku.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan sehubungan itu mahu kursus kesedaran sejarah diadakan di kalangan pemimpin-pemimpin BN supaya mereka tahu dan sedar tentang fakta sejarah.
''Kesedaran seperti ini penting bagi memastikan setiap pemimpin BN berhati-hati dan berfikir secara rasional sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,'' katanya hari ini.

1 comments:
bukan pemimpin BN aje perlu kursus sejarah tapi pembangkang dan bloggers-bloggers bodoh ni pun kena pergi jugak kursus sejarah. ada ke patut chin peng, si komunis tua tu di katakan pejuang kemerdekaan.
Post a Comment