Thursday, June 18, 2009

Nizar vs Zambry: Peguam sahkan Nizar fail rayuan esok


PUTRAJAYA 18 Jun — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Seorang daripada peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa permohonan itu difailkan di Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini kerana tempoh akhir 30 hari bagi mengemukakan rayuan tamat pada Isnin.

Ditanya bagaimana beliau akan melakukan tanpa penghakiman bertulis, beliau berkata, mereka tidak mempunyai pilihan dan pasukan peguam mereka akan melakukan yang terbaik untuk merangka soalan berhubung perkara undang-undang mengenai keputusan lisan Mahkamah Rayuan.“Sudah pasti kami kebingungan kerana hanya seorang hakim (Datuk Md. Raus Shariff) menyatakan hasil keputusannya. Kedua-dua hakim yang lain tidak menyatakan apa-apa, tetapi kami akan melakukan yang terbaik.” - Bernama


MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

adoh... poneng kepala aku di buat si nizar tak habis2 buat kerenah betulkah nak membela rakyak perak ,aku tengok orang perak macam tak kesah aja tu yg aku pelek

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost