Ada sesuatu yang yang tak kena dengan negeri aku. Nak kata dilanggar Garuda..mustahil. Air Asia pun tak mau datang. Nak kata kemarau panjang…tiap-tiap hari hujan.
Tapi Perak tak macam dulu. Ingatkan Perak boleh jadi emas..tapi makin lama jadi suasa.
Masa pemerintahan Sultan Deghih dulu…aku kecik lagi. Masa dia mangkat..baru belajar mengorat. Memang aku lambat baligh sebab seronok dengan alam..seronok dengan kedamaian..tak perlu cinta budak sekolah.
Sungai Batang Padang di Tapah adalah tempat emak bapak aku melanda bijih, sambil kami mencari udang disebalik batu, menangkap seluang dan menuba kelah. Itu dulu..sekarang kalau singgah di Masjid Jamek Tapah..yang nampak hanyalah sungai teh susu.
Setiap Jumaat…orang kampong menjual bijih…sapa yang tak ada lesen…terpaksa menumpang lesen orang lain. Dapat duit berbelanja di Pekan Jumaat.
Sekali-sekala sarkis Thai Thean Kew singgah diTapah…untuk menghiburkan hati penduduk kampong yang tak ada TV…tak ada panggung wayang.
Tapi masa yang ditunggu ialah hari keputeraan Sultan Deghih. Raya sakan…joli sakan. Sampai ada yang buat rombongan ke Kuala…semata-mata nak sambut hari jadi Sultan Deghih. Mungkin kalau Sultan Deghih kutip duit sekupang sorang…boleh buat masjid setiap kali hari keputeraan.
Masa perkahwinan Raja Zarith Sofia..aku tidor dalam bas. Bukan dapat nengok pun!! Dan masa tu bukan ada peruntukan dari Umno. Tapi orang datang jugak..sebab rakyat melihat Sultan sebagai Ketua. Rakyat melihat Sultan deme punya.
Bila nak sambut Raya..punya la susah nak tengok anak bulan. Lemang dah dibakar..daging dah jadi rendang..tiba-tiba tak jadi Raya. Sultan Deghih menyelesaikan masalah rakyat dengan buat keputusan sendiri. Nak raya awal…datang ke Perak.
Seronok Yob!!
Tapi sekarang…makin lama makin sayu teman. Dulu sanggup tido dalam bas…ikut rombongan dari Tapah ke Kuala..tapi sekarang…walaupun duduk di Kuala..teman tak merasa apa-apa. Bukit Chandan sunyi sepi. Yang ada budak-budak beromen tepi sungai. Orang tua menggulung rokok nipah sementara menunggu pancing disambar ikan baung.
Sepatutnya…tahun ini adalah sambutan 25 tahun pemerintahan Sultan…tapi apa benda pun tak ada. Kalau ada pun…tak terasa. Pasai apa?
Yang ada cuma pintu gerbang dan lampu lip-lap. Benda mati…macam mana nak hidup?
Hari tu…ada le deme buat majlis sambutan Hari Keputeraan kat Majlis Perbandaran Kuala. Teman tak pernah tengok muka Sultan …kalau nak tengok pun kena beli suratkhabor atau tengok TV. Tapi idak dibagi deme masuk sebab tak ada jemputan. Sayuuuu rasanya teman jadi anak Perak.
Bukan teman nak makan…bukan teman nak ngocah…teman nak tengok rupa Sultan pun idak deme bagi. Last-last…makanan banyak terbuang pasai orang tak ramai…kenyang le beghocat Sungai Perak.
Hari Ahad lalu…teman bawak le anak-anak ke Taiping. Ingatkan nak rehat-rehat sambil jamu mata nengok Mak Nyah-Mak Nyah berlenggang. Dan bila dapat tahu ada Jamuan Rakyat sempena menyambut hari jadi Sultan…tambah le teringin nak nengok. Kot-kot kali ini boleh nampak.
Tapi baru nak masuk kawasan Taman Tasik…dah dipeghalau dek polis. Amboi mak!! Kata Jamuan Rakyat..tapi rakyat datang nak nengok pun kena halau? Teman bagi tau…teman bukan nak pergi mentekedaghah…cuma nak jalan-jalan je. Tu pun tak boleh!
Sayuuuu teman. Mungkin kalau teman masuk Ameno…kot-kot la boleh tengok rupa Sultan.
Kalau le Sultan Deghih masih hidup…seronok main meriam buluh.
1 comments:
Teman oh teman...
Dulu lain sekarang lain...
Dulu Sultan boss... Sekarang Ameno boss. Dulu semua perayaan dirayakan dan dinikmati bersama rakyat Perak. Sekarang semua perayaan dirayakan dan dinikmati bersama rakyat Perak juga. Tapi hanya kepada rakyat Ameno Perak sahaja...
Kalau le Sultan Deghih masih hidup...
Post a Comment