Thursday, July 16, 2009

Manek Urai: PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya baru barapa tahun ditubuhkan. Jika ditolak dengan ADIL dan Parti Keadilan Nasional, PKR hanya berusia dalam 3 tahun. Jika dibandingkan PRU-11 dan PRU-12, kekuatan dan pengaruh PKR begitu besar berbanding PAS dan DAP.

Pilihanraya kecil juga memperlihatkan kekuatan PKR tidak boleh ditandingi oleh PAS. Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau yang dikatakan telah dipulau oleh PAS telah membuka mata banyak pihak termasuk pemerhati politik luar negara.

Keputusan Manek Urai menunjukkan PAS kini begitu kerdil dalam Pakatan Rakyat. Majoriti pengalisis politik mengatakan PAS hanya bermodalkan 'poster Nik Aziz berdoa'. Ada yang mengatakan jika Datuk Nik Abdul Aziz tidak berkerja keras dihari-hari terakhir, PAS bakal malu besar.

Selepas tokoh Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR, desas-desus bertiup kencang mengatakan bakal Menteri kesihatan dan juga mantan Timbalan Presiden MCA akan menyerai parti itu. Malah dengan kelompok MCA, bukan seperti Zaid yang mampir sendirian.

Pengamat politik sedang berkira-kira lagi siapa bakal 'termakan jampi' Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini. Ada yang mengatakan Datuk Seri Shahidan Kassim sedang menunggu waktu sesuai dengan gerombolan Umno Perlis. Adakala ia mustahil ? . Shahidan sebenarnya yakin Anwar akan berjaya PRU-13 nanti. Mungkin 2011 akan menyaksikan PKR menerima lambakan pemimpin berpengaruh dari Barisan Nasional terutama dari Umno dan MCA.

Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak kelihatan mengikut punggung Anwar apabila kini menyerang Felda dan kaum berbangsa India yang dianggap undi penentu. Adakah ia berbaloi selapas Anwar melakukannya 3 tahun yang lepas. Dikatakan Anwar ketika ini sedang menjampi VVIP menyertai PKR, sedangkan Najib dan Mahuddin sibuk membuat 'correction'.

Anwar bergerak mengikut naluri politiknya, apakah langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk merampas Dewan Rakyat ?. Adakah berbaloi memperbanyakkan bendera PAS disekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok. Hadi masih lena dengan banyak kerusi 'dirumahnya'. /johornews

MyKampungku

1 comments:

Naruto Sensei said...

Dengan Artikel seperti inilah yang akan melemahkan Pakatan Rakyat

Adakah kamu tali barut UMNGOK..

Jaga2 artikel macam inilah yang merencatkan persefahaman dalam PR..

Jangan menjadi penghasut lagi sudah2 lah..

Fokuskan kepada BN..kalau Isu remeh temeh ini dilakukan adakah mendatangkan kebaikan..

Tujuan kita menumbangkan kerajaan BN..Ingat tu..

Naruto nasihat sahaja..

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost