Friday, July 17, 2009

Panas - Kematian Teo Beng Hock Pasti Menjadi Isu Politik


Aku Kata-

Bagaikan helilintar pehak berkuasa kerajaan dan sprm membuat siasatan keatas ahli pembangkang sedangkan terdahulu dan beberapa tahun dulu banyak polis report telah dibuat oleh pembangkang yang mewakili rakyat atas penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pehak kerajaan serta pemimpin mereka satu habuk pun tak siasat.Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,demokrasi dan islam?

POLITIK negara nampaknya kalut lagi. Konflit antara Pakatan Rakyat dengan BN tidak akan berakhir malah akan menjadi hangat dan panas. Kematian pegawai khas Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30 secara misteri hari ini yang dikatakan terjatuh dari tingkat 14 Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.

Walaupun kematian Beng Hock itu atas kehendaknya sendiri atau sebaliknya ia tidak dapat lari daripada akan diperkatakan dan dijadikan isu politik. Sudah barang tentu di pihak Pakatan Rakyat khususnya DAP tidak berpuas hati dengan kejadian itu yang menimbulkan berbagai tanda tanya.

Selepas ini akan adalah tuntutan agar siasatan rapi dan terperinci dilakukan bagi memastikan punca kejadian itu. Akan adalah juga selepas ini tunjuk-tunjuk perasaan, protes, penyerahan memorandum dan sebagainya. Dalam sidang parlimen akan datang pastilah ianya akan dibangkitkan. Dan seperti biasa SPRM akan menjadi sasaran pembangkang dengan tohmahan-tohmahan yang perit untuk didengarinya.

Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz meminta agar jangan dispekulasikan kejadian itu dan tunggu siasatan polis selesai dibuat namun ianya tidak mudah dipedulikan. Hari ini pun salah seorang Exco Selangor, Ronnie Liu telah mengamuk di pejabat SPRM ekoran kejadian itu, ingin mengetahui apakah punca kejadian malang itu.

Semestinya SPRM harus memberi penjelasan di atas apa yang berlaku secara jujur dan telus. Adalah dibimbang kalau ia bersifat menyembunyikan keadaan sebenar kes ini akan menjadi polimek berpanjangan dan menyebabkan keyakinan umum kepada SPRM yang sering dipertikaikan akan terus diragui.

Beng Hock dipanggil ke pejabata SPRM semalam untuk disoal siasat berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang disalurkan kepada wakil rakyat melalui pejabat daerah Petaling. Wakil rakyat Selangor diperuntukan sebanyak RM500,000 setahun. Beliau disiasat hingga jam 3:00 pagi dan dijangka akan menyambung hari ini dengan mengemukakan beberapa dokumen (bukti) yang diminta.

Seramai tujuh Adun Selangor termasuk Exco dari Pakatan, kesemuanya keturunan China disiasat oleh SPRM. Mereka ialah, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizebeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Chean Wing Yih (Damansara Utara), Edward Leu (Bukit Gasing).

Disebabkan kesemua Adun yang disiasat itu keturunan Cina menyebabkan ada Exco mempersoalkan siasatan berkenaan sebagai sengaja dan bermotif tertentu. Bagaimana pun perkara itu telah dijelaskan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Mohd Shukri Abdullah siasatan itu adalah prosuder biasa bila mana ada laporan mengenainya.

Menurutnya juga tidak perlu mana-mana pihak merasa gentar atau bimbang dengan siasatan itu kerana kalau mereka yang disiasat itu tidak bersalah mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebaliknya kalau didapati ada bukti melakukan kesalahan tunggulah di mahkamah.

Untuk sementara waktu seeloknya semua pihak tidak mudah membuat andaian-andaian dari sentimen peribadi apa lagi bermotif politik, sebaliknya serahkan sahaja kepada SPRM dan pihak polis tanpa prejudis terhadap tanggungjawab mereka./msomelayu.blogspot.com

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost