Saturday, July 11, 2009

Manik Urai 'Anak emas', 6 DUN lagi Anak Buluh Betong BN?


"Lawak juga janji Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa Manik urai akan jadi 'Anak Emas' jika BN menang. Apa jadi pada enam Dun yang BN menang iaitu-N1 Pengkalan Kubor, N25 Kok Lanas, N36 Bukit Bunga, N38 Kuala Balah, N43 Nenggiri, dan N44 Paloh. Adakah 6 DUN ini 'anak Buluh Betong' BN.

Jelas ini adalah satu lagi janji-janji kosong BN. Hingga kini ke enam-enam DUN itu tidak banyak kemajuan dan segala peruntukkan hanya masuk ke perut-perut Tok Wakil Umno-BN.

Penduduk Manik Urai kena faham bahawa BN tidak Ikhlas untuk membantu mereka. Itu semua hanyalah janji Pilihanraya. Sama ada BN menang atau tidak nasib penduduk tetap sama.

Bagi BN, selepas pilihanraya semuanya adalah 'anak buluh betong' mereka. Lihat sahaja apa berlaku di Batang Ai. Macam-macam mereka janji tapi sampai sekarang penduduk di sana masih susah. Sudah 50 tahun mereka sokong BN. Janji yang sama ditabur ke seluruh negara.

Permatang Pauh BN kata "Anak Emas', Kuala Terengganu pun "Anak Emas, Bukit Gantang pun BN pun 'Anak Emas', dan Bukit Selambau pun sama. Tapi semuanya macam itu takda perubahan.

Semua tempat itu hanyalah lubuk emas bagi kroni Umno-BN. Itu sahaja."- /tranungkite

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost