Presiden PAS Dato' Seri Haji Hadi Awang kembali menyerang UMNO dengan menyifatkan parti itu mengkhianati agama dan tidak menjadikan islam sebagai agama yang memerintah.
Serangan pertama itu dibuat semasa majlis mengumumkan calon PAS bagi PRK Manek Urai lalu.Adakah ini akan menunjukkan bahawa isu Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh Hadi itu sudah selesai?Jawabnya mungkin tidak!.(Baca Disini).Sejak tercetusnya isu tersebut,Hadi dilihat agak 'bisu' untuk melemparkan kritikan terhadap UMNO.
Dalam ucapan itu juga beliau menegaskan agar pengundi di Manek Urai terus memberi sokongan kepada calon PAS.Beliau memuji kerajaan Kelantan yang mampu bertahan selama beberapa penggal walaupun cuba dikalahkan dengan pelbagai cara termasuk tidak diagihkan royalti minyak seperti dilakukan terhadap kerajaan PAS Terengganu dahulu.
Oleh itu, selaku Presiden PAS, Haji Hadi diharap agar dapat menyertai jentera kempen PAS di Manek Urai dengan kritikan2 pedas terhadap UMNO untuk menaikan semangat pekerja parti untuk mencapai kemenangan.
Itu Hadi, tapi bagaimana pula dengan Timbalan beliau iaitu Ustaz Nasha.Kritikan dari Ustaz Nasha amat ditunggu oleh ahli2 PAS untuk meyakinkan ahli parti bahawa beliau sudah melupakan hasrat beliau untuk menjayakan kerajaan perpaduan bersama UMNO.Nasha sepatutnya turut berkempen di Manek Urai dan melemparkan serangan terhadap UMNO seterusnya membuktikan beliau tidak lagi mahu bekerjasama dengan musuh politik PAS iaitu UMNO!!! Kita tunggu dan lihat........
0 comments:
Post a Comment