Wednesday, July 1, 2009

Nizar vs Zambry: Selesaikan Masalah Setinggan - Sivakumar


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Ahli Dewan Negeri Kawasan Tronoh, Perak Darul Ridzuan pada 1 Julai 2009

Masalah setinggan di negeri Perak mesti diselesaikan sebelum penghujung tahun 2010. Ini merupakan masalah yang serius yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak. Permohonan demi permohonan telah di buat oleh warga setinggan sejak kemerdekaan tetapi masih terdapat banyak lagi masalah setinggan yang tidak diselesaikan. Permintaan mereka hanyalah sebidang tanah untuk mendirikan rumah kediaman. Bukankah itu merupakan hak setiap warga negara. Malangnya, sudah 52 tahun Malaysia merdeka tetapi masalah ini tidak diberi perhatian sepenuhnya.

Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak bersama-sama dengan Pejabat Daerah dan Tanah di setiap daerah perlu mencari jalan dan menguruskan masalah setinggan dengan kadar yang segera. Semua pihak yang terlibat harus memberi komitmen secara jujur dalam menyelesaikan masalah ini. Tanah tidak seharusnya dijadikan muslihat atau ‘gimmick’ untuk memancing undi sewaktu pilihanraya semata-mata. Selepas pilihanraya, tanggungjawab dan janji-janji yang dibuat diabaikan sebegitu sahaja.

Ahli-ahli politik dan Pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah akan menziarahi mereka dengan dokumen-dokumen tertentu hanya menjelang pilihanraya yang seterusnya. Perkara seperti ini telah berlaku beberapa kali dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Ini dapat dibuktikan apabila kita melawati kawasan-kawasan setinggan dan berbual dengan penghuni-penghuni di situ. Mereka adalah golongan yang terpedaya dengan tipu muslihat dengan harapan kerajaan akan menyelesaikan masalah mereka.

Pada 28 Jun 2009, saya telah melawat 2 kawasan setinggan sebelah menyebelah iaitu Kampung Kamariah dan Kampung Pasir. Penghuni-penghuni di kedua-dua setinggan ini menetap di situ lebih kurang 40 tahun. Sehingga hari ini, masalah mereka tidak diselesaikan. Rungutan mereka hanya jatuh di ‘telinga pekak’. Menurut mereka, ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah hanya memberi janji kosong menjelang pilihanraya. Selepas pilihanraya, batang hidung pun tak nampak. Mereka hidup dalam kesusahan. Keadaan rumah kediaman mereka amat usang sekali. Hujan lebat juga sentiasa mengakibatkan banjir besar di kawasan itu. Mereka masih menaruh harapan untuk mendapatkan sebidang tanah bagi mendirikan rumah kediaman yang lebih selesa. Saya akan mengadakan perjumpaan dengan Pegawai Daerah Kinta untuk membincang mengenai hal ini secepat yang mungkin.

V.Sivakumar
ADUN Tronoh

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost