Saturday, July 11, 2009

Nizar Manek Urai: Nasharudin muncul tapi akui ada dihalang PAS Kelantan


KUALA KRAI: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya muncul di Manek Urai pagi tadi tetapi mengakui yang beliau ada dihalang oleh PAS Kelantan daripada berkempen di sini sebelum ini.

Nasharudin yang sebelum ini menjadi topik 'hangat' kempen di Manek Urai mengakhiri tanda tanya tersebut dengan muncul dan menunaikan solat sunat Dhuha berjemaah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Masjid Sg Peria pukul 8.30 pagi.

Nik Aziz pertengahan bulan lalu ada meminta Nasharudin keluar PAS dan sertai Umno berhubung soal idea kerajaan perpaduan tetapi mereka berdamai kemudian.

Ketika ditemui pemberita di luar Masjid Sg Peria, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, beliau berada di Manek Urai hari ini sahaja.

"Saya mungkin tidak dapat memberi ceramah sebab belum sihat sepenuhnya. Saya baru sahaja lepas jalani pembedahan," katanya.

Beliau menjalani pembedahan kecil usus di Hospital Serdang kelmarin.

Nasharudin berada di masjid berkenaan kira-kira sejam.

Timbalan Presiden PAS itu turut mengakui bahawa beliau telah 'diminta' untuk tidak turun berkempen di Manek Urai sebelum ini.

"Tapi saya mula berubah hati bila PAS Kelantan mengubah pendirian dan menarik semula larangan tersebut," katanya.

Sebelum ini PAS Kelantan telah memutuskan untuk tidak 'mempelawa' Nasharudin daripada turun berkempen pada pilihan raya kecil di Manek Urai yang sedang berlangsung.

Difahamkan keputusan dicapai pada mesyuarat PAS Negeri Kelantan pada 25 Jun lalu.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost