Saturday, July 25, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: 100 Hari Pemerintahan Najib, Antara Gula-Gula Dan BALA


Najib telah menjadi Piem Satu Malaysia lebih 100 hari. Daripada survey yang dijalankan, populariti Najib telah melonjak sehingga 69%. Ini tentu mengembirakan nyer. Maklum ler, ini memberi gambaran yang pentadbiran nyer mula diterima dan mendapat sokongan. Well…. Mr Prime Minister Satu Malayisa….., don’t get over-excited sangat! Biasa ler tu…. Semasa era Pak Lah dulu pun…. begitu juga. Depa buat macam-macam to trick the people tapi akhir nyer, tembelang pecah and in the end, penghor nyer dapat dihidu di seantero dunia. Finally….. you all pun tahu ending nyer nasib Pak Lah, so… tak yah ler kita ceriter panjang.

Beriya-iya ler si Najib menjelaskan kepada Satu Malaysia yang dia telah mengumpul feed back serta maklumat-maklumat tentang hasrat dan pandangan rakyat dan selepas 100 hari pentadbiran nyer, baru ler dia persembahkan dan menjelaskan dasar-dasar nyer kepada kita, serta bagaimana dia nak merealisasikan dasar mendahulukan rakyat ini. Pukoi canang dia weh…..!!! Dia juga berjanji akan mengotakan nyer. Kata nyer lagi…. semua ini bukan untuk jadi popular. Isy…. itu kata mulut ajer tapi sebenor nyer memang nak tunjuk popular dan nak ‘up’kan populariti dia. Dan…. dia berjaya. Tapi… teman sikit pun tak heran. Komer tau mengapa??

Cer kita amati apa yang Najib persembahkan….. Sebenar nyer, tak der yang special dan baru. So…. apa sebenar yang dibuatnyer dalam masa 100 hari pentadbiran nyer itu?? Senang jer….. Kumpul…. tiru… modified idea…. tukar nama dan guna istilah baru terhadap apa yang telah digariskan dan dirancang oleh Pakatan Rakyat. And finally…… present them to the rakyat sebagai gula-gula bikinan mereka, konon nyer khas….. sebagai hadiah dari Najib untuk rakyat. Nak terwheeekkkk aku!!!

Ini ler dia Piem Satu Malayisa yang bangkrap idea. He’s actually a copycat!!! Lembu punyer susu, sapi mengaku dan kata, itu dia yang punyer susu….. Kesian…. kesian…. Ini ialah satu tindakan terdesak daripada Najib untuk meraih semula sokongan rakyat kepada UBN. Itu ler kerja demer…. pakar manipulasi….. pakar tipulogy…. dan pakar putar al-beliti….!!! Depa curi, tiru dan implement idea orang lain…. dan dengan tak malu nyer, mengatakan itu idea dan perancangan mereka untuk rakyat Satu Malaysia. Chiiiittt…… tak der kemaluan langsung!!!
Oleh itu, rakyat jangan cepat kelabu mata dan terghairah dengan permainan silap mata dan hadiah-hadiah yang dipersembahkan oleh Najib. Ini semua adalah untuk memerangkap kita supaya percaya….. yang mereka ler pembela rakyat Satu Malaysia. Pirraaahhh!!! Ular sawa dah nak membelit oi…..!!! Jaga-jaga……

tu, ceriter gula-gula Najib untuk menuba rakyat. Selepas 100 hari pemerintahan nyer, Najib/UBN juga telah dilanda beberapa mala petaka. Sekali lagi….UBN kalah dalam PRK di Manek Urai. Walau pun kalah dengan majoriti yang kecil, tapi….. kalah tetap kalah!!! Hurray…. UBN kalah lagi!!!

Tak lama lepas kekalahan di ManekUrai….. bala datang lagi. Kematian misteri Teoh Beng Hock di bangunan SPRM mengmparkan Satu Malaysia!! Dia diheret oleh SPRM ke bangunan tersebut untuk siasatan terhadap, konon nyer salah guna wang peruntukan oleh ADUN-ADUN DAP Selangor….. tup-tup dijumpai mati dalam keadaan amat misteri di bangunan SPRM….. SPRM yang menjadi lembu tunggangan UBN yang diterajui Najib menjadi sasaran kemarahan rakyat.

Konon nyer SPRM nak mendatangkan bala kepada DAP Selangor…. dengan harapan kerajaan PR Selangor dapat ditumbangkan….. alih-alih SPRM pulak terkena bala. Aha….. padan muka!!

Komer….. orang dah semakin hilang kepercayaan kepada SPRM akibat kematian Teoh Beng Hock. Daripada survey yang dijalankan oleh Yaho0, setakat ini…. didapati 53% respondent sudah tidak lagi mempercayai SPRM. Ini merupakan satu tamparan kepada pentadbiran Najib. Ambik kau…. pelempang seliang!!!

Ekoran kematian atau mungkin juga pembunuhan misteri Teoh Beng Hock….. lain yang rakyat tuntut…. lain pulak yang depa bagi. Kita tuntut Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat bagaimana…. mengapa…. dan siapa yang bertanggungjawab terhadap kematian misteri Teoh Beng Hock. Satu kematian yang amat meragukan. Namun demikian…. kalau setakat tubuh Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dan mengkaji prosedur siasatan SPRM….. tak payah ler, buang duit rakyat jer!!! Lepas tu….. depa tubuh pulak satu inquest yang diketuai oleh seorang magistret untuk menyiasat kematian Teoh. Eleh…. dengan neraca sistem kehakiman yang dilihat senget sebelah dan PDRM yang terang-terangan menjadi balaci UBN, boleh kah inquest ini dijalankan dengan adil dan telus??? Yo…. ragu dan amat meragukan!!!

Well… what else can we do, sebab itu saja option yang diberikan kepada kita. So…. just hope for the best ler.

Apa-apa pun…. rakyat sedang memerhati untuk menilai ketulusan kerajaan dalam memberi keadilan kepada keluarga Teoh dan seterus nyer menangani kemelut ini. Di pihak kita, we’ll just have to wait and see….

Satu lagi kejutan yang diterima oleh Najib/UBN, yang boleh juga dianggap sebagai bala ialah apabila bekas menteri UBN yang juga rakan sejawat Najib dalam kabinet, iaitu Chua Jui Meng telah nekad keluar daripada MCA dan menyertai PKR. Aduuuuhhhhh….. apa sudah jadi??? Poning kepala depa memikirkan masalah ini. Walaupun depa kontrol macho….. tapi sebenar nyer, depa mengelabah dan amat gabra. Dengor ceriter nyer…. banyak ahli-ahli MCA mula meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR.

Lepas ini , kita tengok siapa pulak yang akan meninggalkan kapal UBN yang udah nak karam tu. Chua Soi Lek??? Tengku Razaleigh???

Dan….. apakah pula mala petaka atau bala yang bakal menimpa pentadbiran Najib seterus nyer?? Ada ler tu lagi, insyaAllah….-Oleh: M3M@PerakExpress

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost