Saturday, July 25, 2009

Nizar vs Najib Altantuya:Ketuanan Rakyat, Ketuanan Melayu, Ketuanan Islam??


Dah banyak kali aku dengar tentang “Ketuanan Rakyat”, Ketuanan Melayu” dan ada juga yang dah mula menyebut “Ketuanan Islam”.

Ketuanan Melayu…itu Umno punya auta. Aku tak percaya sebab ia hanya digunakan untuk mengekalkan kuasa segelintir elitis dan feudalis Melayu. Dah dapat kuasa, depa jadi tuan…kita jadi hamba. Depa hidup senang…kita cuma dapat kain batik dan kain pelikat lima tahun sekali. Nak dapat sesuatu kena minta subsidi, isi borang Umno. Kalau tak masuk Umno…mampuih pi la hang Melayu ka, Banjar ka, jawa ka…semua tak merasa.

Ketuanan Islam, aku kurang setuju. Sat lagi…ada orang mengaku ulama, habis hidup kita depa kontrol. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh. Yang tu haram, yang ni makruh. Bila kita tentang, depa kata kita tentang Islam. Sat lagi…buta saja kena ISA.

“Ketuanan Rakyat?” Yang ni Anwar punya cerita. Apa yang dikatakan dengan “Ketuanan Rakyat” aku pun tak tau. Cuma dia kata ” rakyat adalah Tuan”.

Hangpa pi tanya kat orang PKR, apa dia “Ketuanan Rakyat”? Aku rasa…tanya kat sepuluh orang…dapat sebelas jawapan.

Aku nak cuba test dengan persoalan pertama. “Siapa yang ada hak untuk memilih pemimpin dalam konsep “Ketuanan Rakyat”?. Ada banyak peringkat kepimpinan…dari Perdana Menteri sampai Ketua Kampung.

Sapa yang pilih Ketua Kampung? Kalau ikut sistem Ketuanan Melayu, Ketua Bahagian Umno yang berhak memilih sapa Ketua Kampung. Ahli-Ahli Umno sendiri tak ada hak nak pilih!! Sapa nak jadi Ketua Kampung, cuma perlu bodek Ketua Bahagian. Tak perlu turun kebawah jenguk orang kampung yang miskin, orang kampung yang perlukan bantuan…tak perlu! Malah orang yang duduk kat kampong lain pun boleh jadi Ketua Kampong yang lain. Tu budaya Umno. Hangpa suka?

Pakatan Rakyat memulakan sistem pemilihan Ketua Kampung di Perak. Tapi kat tempat lain aku tak pasti. Kat Kedah dan Kelantan macam mana? Kat Penang macam mana? Kat Selangor macam mana? Ada pemilihan jugak ka?

Dikampong-kampong Melayu, Ketua Kampung dipilih melalui pilihanraya kampung. Ada pencalonan dan ada hari pengundian.

Masa mula-mula di canangkan idea ini, orang Pas cukup seronok tapi orang PKR merungut…sebab Pas ramai ahli. Kalau bertanding dengan orang Pas, PKR mesti bungkus. Ada juga kawasan-kawasan dimana PKR boikot pemilihan Ketua Kampung. Akhirnya jawatan Ketua Kampung dibolot oleh orang Pas. Tapi PKR kena terima….sebab itulah demokrasi. Sapa suruh hangpa tak mau cari banyak ahli?

Bila tiba pemilihan Ketua Kampung Baru (Kampung Cina), orang PKR seronok! Tak kan Pas nak bertanding kat Kampung Cina kot? Tapi DAP tak setuju…sebab kalau bertanding secara terbuka, DAP mesti bungkus.

Tup-tup…kat Kampung Baru Cina, tak boleh diadakan pemilihan secara terbuka…kena melalui lantikan. Peeergggh!! Pasai apa satu sistem untuk Pas dan PKR, dan satu sistem lain untuk PKR dan DAP? Dan pada masa itu, Nizar pi sokong DAP. Bila Nizar sokong, maknanya Pas sokong la.

Tang sini ada kesilapan dalam dasar Pakatan Rakyat. Jadi…dalam pilihanraya akan datang ni, macam mana nak tulis dalam manifesto? Kalau ADUN dari Pas jadi Menteri Besar lagi, apa dasar untuk memilih Ketua Kampung? Adakah ada dua set prosedur?

Jangan dok kempen untuk bubar DUN saja, tapi nanti bila orang tanya…kalau menang hangpa nak buat macam mana…tergagap nak cakap! Dulu kita boleh cong kat orang, sebab kita belum memerintah. Sekarang orang akan buat perbandingan sapa yang lebih baik. Dan yang paling bahaya, kalau orang marah kat kita. Bila orang marah kat kita, yang baik pun jadi tak baik.

Atas sikit ketua Kampung ialah Ahli Majlis. Masa nak pilih ahli Majlis dulu, banyak jugak yang tak telus. Banyak jugak yang ikut pintu belakang, walaupun ada temuduga dan sebagainya. Dan paling leceh, bila kena ikut kuota.

Kat Kuala Kangsar, DAP bukan ada pun….tapi pasai ikut kuota, kena bubuh Ahli Majlis dari DAP. Depa kutip sapa saja…janji ada wakil DAP. Bila pi mesyuarat, nak cakap Bahasa Melayu pun tak tau…toksah kata nak berbahas. Orang lain dok berbincang…dia asyik dok jawab handphone. Buat malu saja.

Kemudian ada kuota untuk NGO dan professional jadi Ahli Majlis. Pada dasarnya memang bagus tapi pelaksanaannya masih lompong. Ramai dari mereka yang dilantik dari NGO itu orang parti jugak! Tapi pasai kaki depa sebelah dalam parti, sebelah dalam NGO…maka dia layak.

Dan yang paling tak best bila Ahli Majlis ni berlagak lebih sudu dari kuah. Kita tanya apa yang dibincangkan dalam mesyuarat….tak boleh bagi tau..rahsia!! nanti kena tangkap pasai OSA.

Kita dari dalam parti pun pun depa tak mau bagi tau!!! Apatahlagi rakyat kat luar parti.

Kali ini, kalau ada pilihanraya umum, macam mana Pakatan Rakyat nak cakap pasai Ahli Majlis. Apakah akan ada pemilihan Ahli Majlis macam pemilihan Ketua Kampung, atau parti yang pilih? Kalau parti yang pilih, maka rakyat terbanyak masih belum ada hak untuk memilih pemimpin. Jadi…jangan cakap pasai Ketuanan Rakyat, kalau rakyat hanya berhak untuk menurut perintah.

Kemudian Wakil Rakyat. Setakat ini, rakyat hanya berhak untuk memilih diantara calon Pakatan Rakyat atau BN. Sapa yang sokong BN…mampuih pi la. Yang tu…letak batu pun depa sokong.

Tapi yang nak sokong Pakatan Rakyat ni…apa hak mereka untuk memilih calon?

Dalam PRK Penanti yang lalu, Pas Permatang Pauh membuat kenyataan supaya PKR mendapatkan pandangan depa dulu bila nak letak calon. Aku tau…pasai depa ada kes dengan Dr. Mansor. PKR kata…itu hak depa.

Aku setuju dengan pendapat Pas Permatang Pauh! Sekurang-kurangnya…dapatkanlah pandangan orang lain sebelum nak letak calon. Tapi dalam masa yang sama, aku juga merasakan sikap Pas Permatang Pauh tu hipokrit.

Pas nak letak calon ada tanya PKR ka? Ada dapatkan pandangan rakyat ka?

Jadi…kalau ikutkan tradisi..calon Pas, Pas yang tetapkan. Calon PKR, PKR yang tetapkan. Rakyat diluar parti jadi apa? Tukang ikut?

Pilihanraya umum akan datang ini, aku rasa tak jadi macam dulu. Dalam PRU 12 dulu, letak sapa pun..orang tak peduli. Tapi kali ini…rakyat akan menilai, sapa calon Pas, PKR atau DAP.

Rakyat sudah tidak lagi ‘brand conscious’. Label parti dah tak penting. Rakyat tidak lagi menghormati pemimpin politik sebagai Tuan. Sebaliknya, rakyat akan menunjukkan …siapa Tuan? - Oleh: MSK@PerakExpress

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost