Sunday, July 26, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Kuching Heboh Oleh Raja2, AF Reunion dan Jom Heboh

Bangunan DUN baru (foto) yang akan dirasmikan oleh YDP Agong dan tempat persidangan Majlis Raja-Raja Selasa ini.


Bandaraya Kuching sangat meriah minggu ini. Ada beberapa peristiwa penting yang berlaku.

1. Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu di negeri Sarawak yang tidak mempunyai raja di dalam sistem pemerintahannya.
2. Pertandingan Lumba Perahu/Regatta di sekitar Waterfront, Kuching.
3. Konsert Reunion Akademi Fantasia (entah berapa kali nak buat reunion?!)
4. Konsert Jom Heboh! anjuran TV3 (apa benda entah yang hendak dihebohkan?!)
5. Persembahan Kapal Berhias
6. Hari Keluarga PASTI Kawasan Petra Jaya (InsyaALLAH, saya dan beberapa orang sahabat akan turut serta (“,)… )

Saya tidak mahu ulas panjang, tetapi cuma terasa kehairanan di Sarawak ini tidak ada langsung institusi-institusi keagamaan (Agama Islam) yang menyuarakan rasa tidak setuju ataupun membantah 2 perkara paling thaghut yang tersenarai di atas. Orang yang jaga hal ehwal Islam pun seolah-olah tidak berbunyi di dalam hal ini. WaLLAHua’lam, mungkin beliau menyuarakan pandangan beliau secara tidak terbuka, lantas saya tidak tahu mengenainya.

Tadi semasa dalam perjalanan pulang dari jalan-jalan bersama keluarga, saya sempat melihat suasana di Padang Merdeka, tempat Konsert Reunion AF itu diadakan. Belum mula pun konsert, masih lagi sekitar pukul 6 petang, boleh kata ramai juga yang berkumpul di sana. Yang pakai tudung pun boleh tahan ramai. Bukan main semangat lagi, sedangkan stage masih lagi belum berhias sepenuhnya. Itu tak kira yang berlaku di sebelah utara Kuching, di Stadium Petra Jaya di mana Jom Heboh diadakan. Dari kapasiti stadium, jangan-jangan ramai lagi yang berkampung di sana.

Dengar kata, para menteri besar akan mengiringi raja-raja negeri masing-masing untuk persidangan Majlis Raja-Raja Melayu yang akan dimulakan pada hari Isnin ini. Saya dan sahabat-sahabat yang lain amat berharap dapat bertemu muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Azizan, nak bersalam dan cium tangan mereka – ambil berkat untuk lawan thaghut kat Sarawak ni! InsyaALLAH…

P/S: Teringat akan sabda Kekasih tercinta Rasul SAW, “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemunkaran, maka cegahlah dengan tangannya (kuasanya). Jikalau tidak mampu, dengan lisannya. Jikalau tidak mampu, maka cegahlah dengan hati (benci dan tidak redha), dan itu adalah selemah-lemah iman” – Hadith Riwayat Muslim. Maka saya menulis, agar memenuhi syarat “bil lisaan / dengan lisan” ataupun sekurang-kurangnya tersangkut di sekitar ruang lingkup makna“bil qalbi/ dengan hati”.-/ghulamassarawaki.blogspot.com/

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost