Sunday, July 19, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Manek Urai, Pakatan Rakyat Kena Waspada


"PAS sebenarnya kalah dalam menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai Kelantan yang baru saja berlalu. Dengan majoriti 65 undi berbanding 1355 pada pilihanraya 2008, BN khususnya UMNO tidak berasa malu dengan kekalahan tersebut. Sebaliknya para pemimpin UMNO terus menepuk gendang memberitahu bahawa sokongan rakyat pada BN terutamanya UMNO telah menunjukkan perubahan besar dan yakin pada pilihanraya akan datang UMNO akan kembali kukuh. Ini tidak mustahil akan berlakunya.

Pada hemat kita segala strategi UMNO dalam menarik sokongan rakyat dengan janji-janji tinggi melangit nampaknya tidak menjadi. Lalu strateginya sekarang adalah melemahkan dan mengkacaubilaukan Pakatan Rakyat. UMNO tahu hanya dengan memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat sajalah mereka boleh bertapak kukuh semula. Justeru itu apa-apa saja kenyataan dari para pemimpin PR yang boleh mereka ketengahkan untuk mereka menghancurkan PR mereka akan ketengahkan melalui media-media perdana dan ditambahkan pula dengan putar belit hingga berhari-hari.

Misalnya dalam isu Kerajaan Perpaduan para pemimpin UMNO telah ambil kesempatan dengan memutarbelitkan perkara tersebut hinggakan telah berlaku keretakan dalam PR dan dalam pimpinan PAS itu sendiri.

Justeru itu bagi rakyat yang mahukan PR terus kukuh dan insyaAllah akan mengkuburkan terus UMNO pada pilihanraya akan datang para pemimpin PR harus acapkali duduk semeja menyelesaikan masalah mereka. Para pemimpin PR juga harus berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya ianya tidak mudah diambil kesempatan oleh UMNO dalam memecahbelahkan pakatan tersebut.

Sekiranya para pemimpin PR terus membuat kenyataan ikut sedap mulut tanpa mengambira kira pandangan lain-lain parti dalam ikatan tersebut, saya percaya UMNO akan kembali pulih pada pilihanraya akan datang. Bagi rakyat mereka berpendapat, kalau belum lagi berkuasa telah bercakaran, apatah lagi bila berkuasa nanti."-/tranungkite.net

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost