Friday, July 24, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Masing Berang Kenyataan Presiden PAS


Sebagai rakyat Sarawak, kenyataan sebigini amat tidak sepatutnya di keluarkan oleh seorang Presiden PAS.Walaupun bukan niat untuk menghina sesiapa, tetapi ianya telah mengguris hati penduduk Sarawak! Ini akan lebih menjauhkan lagi rakyat Sarawak untuk menerima parti PAS dalam PRU Negeri akan datang.


Hadi dakwa penduduk Batang Ai tidak tahu mengundi dan masih pakai cawat

KUCHING: Faktor kenapa pembangkang tewas dalam pilihan raya kecil Batang Ai pada 7 April lalu ialah kerana penduduknya tidak tahu bagaimana untuk mengundi dan masih memakai cawat.

Inilah apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang dipetik dalam satu laporan Malaysiakini pada 11 Julai lepas dan ia telah menimbulkan kemarahan Presiden Parti Rakyat Sara-wak (PRS) Dato Sri Dr James Masing.

Masing naik berang selepas beliau membaca laporan ter-sebut dan merasakan ia me-nunjukkan kebongkakan dan kejahilan PAS amnya dan Hadi khususnya.

Hadi dilaporkan berkata: “Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS.”

Masing berkata memba-yangkan pengundi di sana yang kebanyakan berbangsa Dayak, tidak bertamadun dan kenyataan seperti itu boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

“Memanggil pengundi Dayak tidak bertamadun bukanlah sesuatu yang baik. Ia menunjukkan betapa jahilnya PAS mengenai situasi di Batang Ai, jahil akan hakikat bahawa rakyat di sana adalah berpendidikan dan bertamadun.

“Ia adalah satu kenyataan yang sangat memalukan bagi seseorang (Hadi) dengan kedudukan sepertinya. Beliau seharusnya pergi ke rumah panjang dan melihat sendiri situasi di sana,” katanya.

Pilihan raya kecil Batang Ai pada 7 Julai lalu diadakan selepas naib presiden PRS Datuk Dublin Unting me-ninggal dunia pada 7 Februari ekoran satu serangan sakit jantung.

Barisan Nasional (BN) te-lah meletakkan harapannya ke atas seorang pendatang baru, Malcolm Mussen Lamoh untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut dan ia ter-nyata berbaloi.

Mussen memperolehi 3,907 undi berbanding 2,053 undi bagi Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal. Pertandingan itu menyaksikan Mussen menang majoriti sebanyak 1,854 undi.

Diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Batang Ai ialah pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Perak, dan Bukit Selambau, Kedah. Di kedua-dua kerusi tersebut BN tewas dengan majoriti melebihi 2,000 undi.

Hadi membuat kenyataan mengenai pengundi di Batang Ai menjelang pilihan raya kecil Manek Urai yang dimenangi PAS baru-baru ini.

Sementara itu, Mussen yang geli hati dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu berkata kenyataan Hadi adalah bukti akan kecetekan fikiran para pe-mimpin PAS serta persepsi mereka yang negatif mengenai rakyat Sarawak.

Beliau seterusnya berkata ini adalah satu penghinaan bukan sahaja bagi kaum Iban khususnya tetapi juga bagi rakyat Sarawak pada keseluruhannya.

“Adakah ini bermakna kebanyakan orang memakai cawat kecuali para pemimpin PAS? Itulah sebabnya kenapa mereka tidak dapat melihat wanita moden,” kata Mussen membidas kenyataan yang banyak dibuat oleh beberapa pemimpin PAS mengenai pakaian wanita moden yang dituduh tidak menutup aurat.

Beliau turut mencabar PAS bertanding di Batang Ai, sebuah kawasan majoriti Iban, jika mereka rasakan mereka dapat memenangi kerusi di sana.

“Jika mereka berfikir bahawa mereka lebih layak, kenapa tidak menyuruh calon mereka bertanding di dalam pilihan raya akan datang,” kata Mussen.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri, Dr Stephen Rundi Utom berkata pemimpin PAS mahupun dari Pakatan Rak-yat (PR) tidak layak menilai dan bercakap mengenai rak-yat Sarawak.

Beliau menjelaskan, Hadi seharusnya peka tentang perbezaan antara rakyat di Se-menanjung Malaysia dengan rakyat negeri ini sebelum mengeluarkan sebarang ke-nyataan.

Katanya, pemimpin khususnya dari PR cuma pandai mencari kelemahan serta ke-salahan yang dilakukan ke-rajaan BN berbanding membantu rakyat dengan membawa kemajuan di empat buah negeri di bawah naungan mereka.

“Mereka cuma ingin me-nimbulkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan dengan mempolitikkan isu yang remeh-temeh sahaja.

“Tetapi saya percaya rak-yat di Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan taktik kotor yang dimainkan pihak pembangkang,” katanya ketika dihubungi semalam.-/TheBorneoPost

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost