Friday, July 24, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Rakyat Mahu Tahu Perkara Sebenar - DS Nizar Jamaluddin


BANDARAYA MELAKA - Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan perlu menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock dan siapa yang bertanggungjawab melakukannya dan bukannya menyemak cara penyiasatan kes berkenaan dilakukan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, rakyat mahu tahu kedudukan sebenar kes dan mahu pihak bertanggungjawab menerima hukuman setimpal.

“Rakyat Malaysia dan pimpinan parti-parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkehendakkan keamanan dan keadilan mahukan Suruhanjaya Diraja yang bebas menyiasat kenapa perkara ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab.

“Kita bukan mahu suruhanjaya menyemak cara pemeriksaan atau penyiasatan, tetapi siapa yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Beng Hock,” katanya selepas majlis ceramah di Dewan Sekolah Pay Fong Melaka bagi memperingati kematian mendiang Beng Hock lewat, kelmarin.

Beliau yang diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kelmarin yang bersetuju mewujudkan Suruhanjaya Diraja khusus untuk mengkaji soal siasat yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - sinarharian

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost