Friday, July 31, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: MELAYU KAYA Kerana.....

Bila BN kalah di beberapa negeri kepada PR hampir semua orang UMNO kata berlaku penghakisan kuasa orang Melayu. Melayu akan kehilangan kuasa. Ketuanan Melayu akan hilang. Mereka salahkan PKR dan Pas. Mari kita baca dan fikirkan. Terutamanya orang UMNO , orang atas pagar dan orang yang tak mahu mengundi.

Malaysia sebuah negara dimokrasi berpalimen. Pemimpin dilantik secara undian.Undi yang terbanyak akan menjadi pemimpin atau pemerintah. Pemerintah berkuasa membuat atau meminda dasar atau undang undang negara.

Pemimpin Melayu tidak pernah berfikir untuk mengekalkan ke kuatan, kekuasaan politik melayu yang rata ratanya beragama islam. *setakat ini. Pemimpin Melayu dan kuncu - kuncunya hanya memikirkan untuk menjadi jutawan. Mereka tidak mahu bersusah payah untuk jadi kaya. Jalan yang mudah melalui pemilikan saham. Pengkoperatan sebenarnya untuk menjadikan pemimpin melayu jadi jutawan dan orang kaya segera. Saham yang dimiliki dengan cara mudah dijual. Dijual kepada siapa ? ..... Akhirnya bangsa Melayu hanya putih mata.

Cara kedua untuk mereka jadi kaya dan jutawan segera. Ambil beratus - ratus tanah kerajaan. Kemudian jual. Dijual kepada siapa ?

Tanah yang ada dimajukan buat beratus ratus rumah. Jual dengan harga yang mahal. Orang Melayu rata ratanya miskin. Mereka tak mampu beli. Pemimpin Melayu tak pandang semua ini. Mereka hanya pandang duit dan bagaimana hendak jadi kaya. Akhirnya melayu menjadi kaum minoriti (* jadi sedikit) di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Pembangunan tidak boleh dihalang. Ia seperti air pasang. Orang Melayu kebanyakannya tinggal dikampung kampung dan pingir bandar.(* setinggan). Kawasan kampung semakin mengecil. Kawasan setinggan telah dirampas oleh pemaju pemaju yang telah merasuahkan pemimpin pemimpin Melayu. Akhirnya terjadilah seperti di Pulau Pinang. Akan datang Selangor, Perak, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan. Kita jangan salahkan bangsa lain. Meraka ada agenda mereka sendiri. Siapa tak sayangkan bangsa sendiri? kecuali pemimpin - pemimpin UMNO. Sepatutnya kita juga ada agenda untuk kepentingan bangsa kita. Pemimpin UMNO hanya ada agenda untuk diri sendiri. Orang melayu ditipu oleh selogan kemelayuan yang tidak kemana. Akhirnya melayu dagang di bumi sendiri seperti Melayu di Singapura.

Fikir- fikirkanlah bangsa ku. Aku tidak suka bercerita tentang bangsa. Aku lebih suka cerita pasal islam. Islam agamaku yang kucintai. Di dalamnya ada pelbagai bangsa dan semuanya saudaraku.

Wahai bangsaku kalau kalian ingin berjaya !

Penuhi masjid masjid ditempat mu

Ziarahi saudara saudara mu

Berjemaah itu lebih baik dari sendirian

Jika kamu tidak mahu berpolitik pergilah kegunung gunung dan beruzlahlah di sana sendiri sendiri.

Sahabat sahabat nabi adalah golongan yang paling faham akan islam selepas Rasulullah. Tidak mereka duduk bersedih disekeliling jasad rasulullah . Tatapi mereka bersama sama memilih pemimpin baru untuk memerintah negara.

Mungkin ada yang mengatakan cara dimokrasi tidak islamik. Inilah salah satu cara untuk mendapatkan kuasa.

Untuk membuat dasar dan undang undang perlu mentakbir.

Untuk mentakbir perlu kuasa.

Untuk berkuasa perlu undian.

Untuk menang undi perlu ramai.

Ramai ramai ramai inilah kunci dimokrasi.

Kalau kita tak undi maka kita membiarkan orang lain berkuasa. Jika kita tidak mengundi dan menyebabkan orang zalim berkuasa maka kita pun terlibat sama.

Kalau undi tapi golongan kita masih kalah. Itu petanda kita masih lemah. Suluh akidah kita. Suluh amal kita.

Jadikan semuanya kerana ALLAH."
Artikel Asal MARI KITA FIKIRKAN Oleh Kunal@Tranungkite

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost