Friday, July 31, 2009

Pemimpin Utama PAS, PKR Dan DAP Ketuai Demo ISA Esok: Nizar vs Najib Altantuya


Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang akan memimpin perhimpunan 100 ribu rakyat membantah ISA esok.

Ketiga-tiga mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara.

Bakal turut serta dalam perhimpunan ini adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaiamana pun, ia bergantung kepada kesihatan beliau.

Menurut komandan perhimpunan ini, Salahudin Ayub, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat akan turun beramai-ramai untuk menyertai himpunan bagi menentang akta Isa pada jam 2 petang Sabtu ini.

Ahli PAS, katanya, tidak harus merujuk mana-mana fatwa yang diumumkan oleh pihak kerajaan. “Ini adalah amanah bagi ahli PAS dan saya yakin ahli PAS adalah sangat setia kepada pemimpin,” tambah Salahuddin

Naib Presiden PAS itu menyeru rakyat Malaysia yang menentang kezaliman ISA supaya datang untuk memberi sokongan.

Sementara itu, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan NGO lain turut sama berhimpun di Padang Merbok dan Pasar Seni pada 11 pagi untuk menyokong ISA.

Perkara ini telah di sahkan oleh Timbalan Pengerusi GMI yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad.-/SiasahDaily

MyKampungku

Reactions:

1 comments:

Anonymous said...

Masanya sudah sampai utk Malaysia Baru dimana rakyat berkuasa memerintah, bukan sekumpulan elit dan bodek2nya.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost