Tuesday, July 28, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Pertembungan ISA GMI & Pewaris, 'Sesuatu' Pasti Berlaku


Ternyata PEWARIS sangat beria ia ingin muncul sebagai pembodek negara. Mereka ingin berlagak seperti sesuatu yang menyalak, yang mengawal istana pemerintah. Padahal dirinya sendiri ternyata tidur di tepi pagar istana. Hanya dilemparkan seketul daging bila tiba masa makan. Apa yang pelik, pihak anti ISA telah mengeluarkan garis panduan dan plan B, jika sekiranya plan A diganggu gugat dengan provokasi oleh pihak yang 'tidak dikenali tetapi berpakaian seragam'.

Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin berkata : pihaknya tidak menyediakan sebarang plan kerana pihaknya 'tiada niat untuk bertembung'. Satu lagi generasi berfikiran aneh hasil didikan UMNO.Cakap kata tiada niat untuk bertembung tetapi masa dan tarikh dipilih bertepatan dengan masa yang dipilih oleh puak anti ISA. "Bodo atah darak kering" kata orang terengganu.

Apapun bila direnungi kembali, ada kebaikan juga ianya berlaku serentak. Kerana pada kebiasaan demonstrasi, untuk mengatasi suasana cuaca jalanan yang panas terik, pihak FRU dengan rela hati akan menyejukkan demonstran dengan water canon. Jadi kita akan dapat lihat apakah pihak FRU adil dalam menyirami semua demonstran samada pro atau anti.

Kita juga ingin lihat samada kedua dua puak akan diberi hayunan cota yang sama adil. Kerana kedua dua puak berada dalam 1malaysia. Kita berharap para pemimpin besar kedua dua kumpulan akan berada dihadapan. Menyambut kedua duanya dengan tangan terbuka. Jangan biarkan orang bawahan menjadi galang ganti.

Ayuh tunjukkan contoh yang kedua dua pemimpin ini lebih berjiwa besar dari rakyat marhain. Jangan jadikan rakyat bawahan sebagai benteng pertahanan. Cubalah sama sama rasa apa yang telah rakyat rasa selama ini. Rakyat tidak berjuang dengan kata kata yang berdegar degar untuk memperjuangkan satu satu isu, tetapi rakyat merasa keperitan di alam yang nyata.

Berhati hatilah di sekeliling anda, kerana akan sentiasa ada orang yang seolah olah sekumpulan dengan anda, tetapi emosinya pelik. Marahnya berapi api. Dia akan berkelakuan merosakkan suasana. Mukanya macam musang tetapi atas kepalanya ada bulu ayam. Kalau diperhatikan betul betul, anda pasti mengecamnya. Kalau ada kamera, jangan lupa ambik gambarnya, kerana kita akan siarkan di internet.

Kepada yang ada kemudahan mengambil video, ambik video sepanjang masa demontrasi berjalan kerana ini akan jadi bukti kebenaran kepada rakyat siapa yang betul siapa yang bersalah.

Apa yang penting kita kenalah ingat dan berhati hati kepada pihak yang akan membuat provokasi yang bertujuan supaya pihak pembangkang di pandang serong. Tinggikan tahap kesabaran anda. Jangan mudah melatah.

Semoga akta zalim yang sangat di sayangi UMNO ini akan berjaya dihapuskan dari bumi Malaysia tercinta. Jika ISA dihapuskan, nescaya UMNO akan menyembah bumi.
- /TranungKite

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost