Saturday, July 18, 2009

SPRM lwn Teoh Beng Hock: Gelombang kebencian baru terhadap BN


Saya baru balik dari beberapa tempat. Selepas itu, biasalah, pi minum teh tarik. Saya minum teh tarik di restoran Mamak. Kebanyakan pelanggannya Melayu.

Oleh kerana saya seorang sahaja, saya hanya mendengar orang lain bersembang. Dah bersembang di kedai kopi, macam-macam perkara dibualkan. Tetapi yang paling menarik hati ialah perbualan mengenai terbunuhnya Teo Beng Hock within SPRM vicinity and under SPRM custody 16 Julai lalu

Saya mendengar maki hamun terhadap SPRM, carut capai dan pelbagai kata nista yang lain. Nak sebut lagi, mereka orang Melayu.

Sebelum itu, di beberapa tempat lain, saya sempat berbual dengan beberapa orang yang sudah tentulah saya kenal. Mereka kesal, mengecam dan mengutuk. Maki dan carut dah tentu la ada.

Saya kata kepada mereka, ramai yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak dipertanggungjawabkan. Saya nyatakan kepada mereka bahawa ada orang memberitahu saya, template yang sebelum ini digunakan di Perak sedang dicuba di Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak jatuh berkat kerja kuat SPRM atau BPR pada masa itu.

Saya tak cuba nak kata apa yang saya temui mewakili semua atau ia merupakan satu sampling. Tetapi, saya dapat rasakan bahawa gelombang kebencian baru terhadap BN semakin bengis dan garang.

Saya juga bersembang dengan seorang pegawai kerajaan. Dia kata, kakitangan kerajaan yang diminta kerjasama atau keterangan mereka berkaitan kes rasuah atau penyelewengan lebih suka pergi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK). "Dia orang tanya, dia orang siasat, kalau tak salah, tak salahlah. Kalau salah, nasiblah kalau ada kes against you".

Beliau mendakwa sejak diluluskan Akta SPRM, para pegawai SPRM berlagak sungguh. "Harsh interrogation," katanya.

Mana saya tahu. Saya hanya disiasat JSJK. Memang ada pegawai yang kata nak pukul saya. Dalam takut saya jawab, "Kalau hang pukui, aku tulis". Selepas itu saya mengungkit-ungkit, hampa tak sedaq ka apa BPR buat kat hampa?! Saya berdegil tak nak tarik posting bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra?" kecuali logo yang orang bubuh gambar anjing yang saya copy and paste tu.

Tetapi selepas lama bersembang dengannya, saya dok rasa pegawai itu saja nak gempaq ja. Saya bersalaman dengannya selepas itu. Masa nak balik pun, saya ucapkan salam kepadanya.

Ketika cepat-cepat cabut balik selepas dilepaskan (tak la pulak aku nak tidoq dulu kat JSJK tu), saya membuat kesimpulan dalam hati, "depa ni (JSJK) tak la kurang ajaq". Tak perlu kongsi pendapat saya kalau tak setuju.

Walaupun pi sembang sana-sini tadi, kiranya agak tak bernasib baik jugak hari ini kerana saya tak jumpa kawan-kawan yang meyebelahi Umno. Saya mahu mendengar cerita mereka. Sekukuh manakah teori yang mengaitkan para pemimpin DAP yang dikaitkan dengan jenayah kongsi gelap terlibat dalam pembunuhan Teoh. Dan, mengapakah kawan-kawan dalam Umno tu angin satu badan bila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencadangkan suruhanjaya diraja?

Kepada saya, kalau kita tak bersalah dan tak ada apa yang nak disembunyikan, tubuh pi la menatang apa pun!

Petikan Dari http://penarikbeca.blogspot.com

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost