Sunday, July 19, 2009

Najib Altantuya: Apakah Berlaku Operasi Lalang 2009 ?


"Semacam satu keberuntungan tersirat dari kematian mendiang teoh kepada UMNO. Tidak lah diketahui adakah ini termasuk dalam skrip yang disusun lama oleh UMNO yang berperdanamenterikan Najib 1Malaysia.

Susah nak dibaca apakah motif sebenarnya semua siasatan sprm yang begitu terarah dan focus kepada Pakatan Rakyat sejak akahir – akhir ini ?

Mungkinkah ada objektif yang lebih besar , dalam urutan proses kerja sprm ini , yang akhirnya membawa kepada kematian mendiang teoh ni ?

Samada ini terkandung dalam perancangan pihak – pihak tertentu dalam UMNO , yang selama ini jelas dapat dilihat olehh rakyat 1Malaysia , bahawa kematian teoh ini adalah salah satu daripada agendanya

Dan adakah , selepas ini ,satu Operasi Lalang 2009 , akan bermula tidak lama lagi , berikutan dari tercetusnya bantahan – bantahan awam , bermula dari perhimpunan pada Ahad , 19hb Julai 2009 di stadium kelana jaya dan sebelumnya protes aman di hadapan Plaza Massalam pada hari kejadian , dan dengan tertangkapnya beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat , seperti yang dilaporkan

Dan adakah dalam perhimpunan ini nanti atau selepas nya , SB akan memulakan kekacauan dan huru hara seperti yang yang lazim dilakukan sejak 52 tahun lalu ?

Seperti mana pengakuan sanusi Junid dalam rancangan Hujah terbitan TV9 beberapa hari lalu , iaitu beliau yang menjadi ‘mastermind’ Operasi Lalang 1987 , yang mengakibatkan 106 pimpinan pembangkang ketika itu terpaksa ditahan lokap.

Ketika itu , perebutan dalam UMNO menerusi team Mahathir dan Tengku Razaleigh, maka telah menjustifikasikan lah akan Sanusi selaku Setiausaha Agung UMNO bagi menyelamatkan bosnya Mahathir.

Adakah kemungkinan Najib bercita – cita serupa dan sama dengan Mahathir ketika tahun 1987 lalu ? Maka tidak ada pilihan yang banyak ketika ini , dan menjelang PRU-13 yang tinggal 3 tahun sahaja lagi , atau kurang , dan selepas tewas di Manek Urai minggu lepas , maka Operasi Lalang versi 2009 akan dilancarkan tidak lama lagi ?

Rasanya kemungkinan itu sangat besar , sekiranya diteliti amaran TPM 1Malaysia Muhyidin ini

Agak – agaknya siapakah pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah disenarai pendek kan ?. Adakah TGNA dan TGHH selain LKS dan DSAI juga termasuk dalamnya ?

Dengan TGNA , TGHH , LKS & DSAI direhatkan sementara di Kamunting , mungkin UMNO , khususnya Najib & Muhyidin berpendapat Pakatan Rakyat dapat dilumpuhkan dan tidak menjadi musuh lagi menjelang PRU-13

Dengan cara itu juga rakyat marhaen akan menjadi takut dan tunduk kepada semua kehendak UMNO dan BN. Selamatlah 1Malaysia Najib ketika itu."
Oleh; Professor@Tranungkite

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost