Tuesday, August 11, 2009

1 Malaysia vs Anak Bangsa Malaysia :- Najib Altantuya vs Nizar

Najib sedang berusaha keras untuk mempromosikan konsep 1Malaysia. Dia terdesak kerana tiada siapa yang mempercayai konsep tersebut, termasuk bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Apa juga tujuan dan matlamatnya, 1Malaysia hanyalah satu versi ciplak, yang diciplak daripada konsep Anak Bangsa Malaysia, yang dilancarkan oleh gerakan masyarakat madani sebelum pilihanraya umum tahun lepas. Dibawah konsep Anak Bangsa Malaysia, kami menolak Ketuanan Melayu dan memilih Ketuanan Rakyat.

Pada asasnya, ini bermakna bahawa rakyat adalah Tuan dan kerajaan bekerja untuk rakyat. Harapan rakyat diutamakan. Suara rakyat adalah suara keramat. Dibawah konsep ini, akan lahir Satu Negara, Satu Bangsa, Satu Suara. Itulah matlamat akhir usaha ini.

1Malaysia tidak menepati matlamat ini. Malah tidak langsung menampakkan apa yang dicita. Najib perlu kembali ke meja perancangan dan memikirkan kembali secara keseluruhan konsep tersebut. Dia menawarkan hanya segelintir dari keseluruhan yang kita harapkan. Tidak lebih dari slogan untuk menarik perhatian.

Untuk permulaan, dengan mengatakan Akta Keselamatan Dalam Negeri perlu dikekalkan dan tidak akan dimansuhkan atas sebab-sebab untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan hak istimewa, samalah juga dengan mengatakan bahawa kita memerlukan undang-undang tahanan tanpa bicara supaya mereka yang mempersoalkan isu ini boleh tahan.

Bagaimana untuk mencapai 1Malaysia, apabila sebahagian dari rakyat Malaysia terpaksa bersetuju untuk membongkok dan membiarkan punggong mereka di liwat tanpa protes terhadap peliwat? Dan memprotes bermakna kita akan dipenjara tanpa hak-hak untuk mendapat keadilan?

Hapuskan ISA dan gantikan dengan Undang-undang hak asasi manusia. Hapuskan Akta rahsia rasmi dan gantikan dengan Akta kebebasan Maklumat. Hapuskan Akta Hasutan dan gantikan dengan Akta Anti-Diskriminasi. Sepatutnya, Akta Hubungan Kaum perlu memastikan, seseorang yang memaksa seseorang lain mengisytiharkan bangsa ataupun borang yang memerlukan BANGSA diisi diharamkan. Dan sebarang pertimbangan atau kuota yang berasaskan bangsa perlu diisytiharkan sebagai jenayah, dan akan dihukum penjara.

Lakukan ini dan barulah kami yakin bahawa 1Malaysia itu sama dengan Anak Bangsa Malaysia. Kalau tidak, ia hanyalah satu versi ciplak murahan yang langsung tidak menepati apa yang berada dalam fikiran kami.

Ada satu lagi yang kami utarakan dalam konsep Anak Bangsa Malaysia. Dan ini adalah Deklarasi Rakyat yang telah dipersetujui oleh tujuh parti politik termasuk PKR, DAP dan PAS. Malang sekali, sebaik saja Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dan mendapat lebih dari satua pertiga kerusi di Parlimen, mereka meminggirkan Deklarasi Rakyat dan melupakannya.

Kami tidak akan membiarkan sesiapa pun melupakan Deklarasi Rakyat. Dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir ini, gerakan masyarakat madani dan Barisan Rakyat Bloggers akan turun padang dan meminta pengundi untuk merosakkan undi mereka sebagai tanda protes.

Jangan undi Barisan Nasional. Dan jangan undi Pakatan Rakyat. Jangan bagi undi kepada sesiapa pun.

Perkara ini sedang dibincangkan hingga saat ini. Kalau Pakatan Rakyat mahu memprbodohkan kita, maka mereka akan memerima kemarahan padah dari gerakan masyarakat madani dan Barisan Rakyat Bloggers. Jangan cepat membuat kesimpulan. Jangan ingat apabila kami menentang Barisan Nasional, bermakna kami sayang kepada Pakatan Rakyat.

Kami tidak membenci barisan nasional. Kami benci terhadap apa yang mereka lakukan. Kalau Barisan Nasional benar-benar berubah dan melakukan reform yang meliputi semua yang kami minta, tidak ada sebab mengapa kami tidak boleh bekerjasama dengan Barisan Nasional. Walaupun begitu, kami yakin Barisan Nasional tidak akan berubah sehinggalah kita menghumban mereka menjadi pembangkang.

Oleh itu, Ini adalah kad kuning untuk Pakatan Rakyat. Kalau sehingga hari Penamaan Calon mereka tidak memberikan respons, kami akan melayangkan kad merah dan kami akan turun kebawah untuk menafikan undi kepada anda. Kami tidak akan memberikan undi itu kepada Barisan Nasional.

Tapi siapa tahu. Bagaimana kalau sesuatu berlaku dimana Najib jatuh dari langit dan mati dan Tengku razaleigh Hamzah mengambil alih dan membawa agenda perubahannya, maka tidak mungkin kami menaruh harapan kepadanya dan berkemungkinan menjalinkan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional untuk melakukan perubahan.

Dr. Koh Tsu Koon mahu kita menghormati Perlembagaan. Aiyahhh!! Apek ni cakap apa? Ini sebenarnya yang kita mahukan…hormat kepada Perlembagaan. Tetapi bukan saja artikel 153 Perlembagaan. Kami mahukan semua Artikel dihormati.

Kerajaan telah melanggar Perlembagaan sepanjang masa. Banyak undang-undang baru diluluskan yang bertentangan dengan Perlembagaan. Dan Perlembagaan mengatakan, “Perlembagaan ini adalah yang tertinggi dan apa saja undang-undang yang diluluskan selepas Merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah tidak sah”

Jangan hanya bercakap tentang Artikel 153. Terdapat artikel 152 sebelum Artikel 152. Ini juga patut dibincangkan. Kerajaan tidak menghormati Artikel-artikel lain didalam Perlembagaan, tetapi mereka membuat bising tentang artikel 153, seolah-olah Perlembagaan itu hanya mempunyai satu Artikel sahaja.

Dr. Koh Tsu Koon hanyalah salah seorang penjual ubat, sama seperti Najib dan Hishamuddin. Anda sepatutnya digantung kepala kebawah, diikat pada telur. Dan sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaga-jaga, kami juga akan akan menggantung setengah pemimpin mereka disebelah Koh Tsu Koon, Najib dan Hishamuddin. Pembohongan Pakatan Rakyat sudah hampir sama dengan Barisan Nasional.

(Aritkel ini adalah terjemahan oleh MSK daripada artikel asal, 1 Malaysia versus Anak Bangsa Malaysia yang disiarkan di Malaysia Today)

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost