Sunday, August 2, 2009

Anti ISA: Polis, Kami Akan Terus Berdemo Selagi ISA Tidak Di Mansuhkan! - Nizar vs Najib Altantuya


"Kami akan berdemonstrasi lagi hingga ISA dimansuhkan" demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua yang berucap di belakang Kompleks Pertama dihadapan kira-kira 10,000 peserta himpunan Mansuh ISA.

Tepat jam 3.45, setelah beberapa kali polis menghalang peserta himpunan yang berarak menuju ke Dataran Merdeka, himpunan dihentikan sebentar di belakang Kompleks Pertama.

Tian Chua berkata, walaupun polis menyerang peserta himpunan namun, ia sedikitpun tidak menghalang peserta untuk melangkah merempuh sekatan yang dibuat polis.

Apa yang penting ujarnya, himpunan ini adalah mesej rakyat kepada kerajaan yang zalim yang masih mempertahankan ISA sebagai survival kuasa mereka.

Sependapat dengan Tian, Pengerusi Gerakan Masuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Seyd Noh berkata, himpunan akan tetap diteruskan bagi menyatakan rasa benci rakyat terhadap penggunaan ISA yang telah menzalimi mereka yang tidak bersalah.

"Jika kerajaan berniat meneruskan akta ini, jangan lupa mereka juga akan jatuh kerana rakyat menentang akta ini," ujarnya lagi.

Selang beberapa minit selepas selesai berucap, himpunan cuba digerakkan ke arah Dataran Merdeka, namun polis dan FRU menggunakan water cannon bagi menyembur air selain gas pemedih mata.

Penulis sendiri tidak terkecuali dari terkena tembakan pemedih mata bersama beberapa wartawan lain.

Seorang peserta himpunan, Najib Hanafi berkata, polis menggunakan kekasaran termasuk kepada wanita dan orang tua ketika menyuraikan himpunan.

"Tindakan ini hanya memburukkkan lagi suasana demokrasi di negara ini, polis patutnya mengawal jenayah bukannya menghalang suara rakyat dari membantah akta yang zalim," ujar beliau yang datang dari Subang Jaya.

Beberapa rakan media cetak turut mengeluh dengan penggunaan gas pemedih mata oleh polis untuk menyuraikan himpunan.-/harakahdaily

MyKampungku

4 comments:

Anonymous said...

bangang punye PKR.. buat tunjuk perasaan lak.. xpikir org nk meniaga.
sendiri mau ingat la. 2*5 je..

Manusia said...

Teruskanlah wahai haiwan peliharaan DAP dan si peliwat kerana sebagai haiwan anda tidak mempunyai akal dan tidak boleh mencari rezeki sendiri melainkan di beri makan oleh mereka ini.

Anonymous said...

teruskan.... biar semua binatang-binatang ni ditangkap dan disumpatkan dalam ISA, baru malaysia boleh aman. Hidup ISA.... mampus lah Pakatan Rakyat... jangan ingat rakyat sudah lupa bagaimana rakyat telah ditipu oleh anwar ibrahim iaitu kepala tahi pakatan rakyat pasal 16 september tahun lalu, nak ambik alih kerajaan persekutuan konon akhirnya kerajaan perak yang diambil alih oleh umno, padan muka. bila anwar si kepala tahi tu naka buat sumpah laknat untuk nafi yang dia liwat saiful???? kalau saiful boleh bersumpah kenapa si kepala tahi tu tak boleh??? sebab ulamak luar bapak dia tak bagi ker???? bodoh.... hanya yang bodoh seperti orang pas aje akan terus dibodohkan oleh anwar ibrahim dan kafir-kafir DAP ni.

Anonymous said...

Bodoh dan bangang Moo Hee Din dan Alnajis!!!U can fool the rakyat for all the time but u can't fool the rakyat forever!!We are smart and mature enough to be Malaysian!!Rakyat tetap bangkit untuk membantah ISA dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO!!!!!!!!!!Saya janji rakyat malaysia akan kuburkan UMNO di tanah melayu pada pilihanraya ke-13!!!!!!

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost