Saturday, August 1, 2009

APA ITU ISA ? - Demo Anti ISA lwn Demo Pro ISA : Nizar vs Najib Altantuya

Ayuh Laungkan ... MANSUHKAN ISA, HAPUSKAN ISA, BEBASKAN TAHANAN ISA....

Satu daripada Undang-undang Penahanan Tanpa Bicara

ISA, Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu daripada tiga undang-undang utama di negara ini yang membolehkan penahanan tanpa bicara. Memandangkan kuasa penangkapan dan penahanan yang begitu luas dan sewenang-wenangnya itu, di antara tiga undang-undang ini, ISA adalah undang-undang yang paling digeruni dan dibenci di negara ini.

Bagi mereka yang pernah menjadi mangsa ISA, mereka menegaskan bahawa ISA adalah instrumen yang digunakan oleh pemerintah untuk menakut-nakutkan aktivis-aktivis sosial, pengkritik kerajaan dan ahli-ahli politik pembangkang.

ISA juga dilihat sebagai instrumen dan perkakas yang digunakan oleh pihak yang berkuasa untuk menindas dan menyeksa mereka yang menentang dasar-dasar kerajaan. Kepada pihak yang menguatkuasakan ISA, khususnya polis Cawangan Khas, atau Special Branch (SB), mereka dengan penuh angkuh mengatakan bahawa kalau tiada ISA sudah lama negara ini hancur!

Bagi mereka, ISA benar-benar digunakan untuk menjaga keselamatan negara!! Bahkan, menurut mereka ISA adalah satu undang-undang yang amat istimewa. Ini kerana ISA boleh digunakan sebaik sahaja seseorang itu baru sahaja berniat untuk melakukan perkara yang akan memudaratkan keselamatan negara.

Kata mereka, ISA dapat mengelakkan negara daripada menanggung ancaman keselamatan daripada sesiapa sahaja yang berniat mahu merosakkan negara. Bahkan pihak SB menegaskan bahawa gabungan pakatan ASEAN dan ISA adalah sistem dan undang-undang yang menjamin keselamatan negara. Di mana pakatan ASEAN menghalang kemasukan musuh dari luar dan ISA pula mengusir anasir-anasir luar yang sudah berada dalam negara untuk keluar meninggalkan negara ini.

ISA adalah Instrumen Politik

Semasa menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mempertahankan dan menegaskan bahawa ISA telah menyelamatkan negara daripada banyak malapetaka. Menurutnya kebijaksanaan kerajaan melaksanakan ISA telah terbukti dari dulu hingga kini.

Semasa menjadi Setiausaha Politik Dr Mahathir, Datuk Dusuki Ahmad dalam sebuah rencana politik pula menyatakan:

“Orang bertanya: Apakah rahsia Malaysia sehingga kini berjaya mencapai tahap negara membangun yang paling maju. Rakyatnya gembira dan riang, negara aman makmur. Tidak ada perbalahan besar berlaku di kalangan penduduk yang berbilang kaum, budaya dan agama. Semua rakyat sayangkan negara ini. Mereka mahu hidup di bumi ini dan kalau boleh, mati pun mahu di sini.

Tidak kedengaran rakyat Malaysia berhijrah ke Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh, India atau China kerana mencari sesuap nasi.

Sebaliknya, rakyat negara-negara itu pula berebut-rebut mahu berhijrah ke Malaysia. Sehingga hari ini, lebih dua juta rakyat Indonesia berada di Malaysia.

Malaysia negara kecil saja. Bumi dan udaranya sama dengan Indonesia, Thailand dan Filipina. Fizikal orangnya pun serupa. Bahkan dari segi hasil bumi, negara-negara tersebut lebih kaya dari Malaysia. tetapi apa rahsianya Malaysia menjadi destinasi pilihan rakyat asing mencari rezeki?

Jawabnya pendek saja, iaitu kami di Malaysia mempunyai ISA. Akta inilah yang menyelamatkan negara daripada tersungkur ke lembah pergolakan yang ditimbulkan oleh anasir-anasir yang ingin mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat.”

Berdolak-dalik tentang ISA

Apa itu ISA seolah-olah terletak jawapannya di sebelah pihak mana anda berada! Semasa Datuk Seri Dr. Rais Yatim berada dalam pembangkang dan menjadi salah seorang pemimpin terulung Parti Melayu Semangat 46, beliau dengan lantang menegaskan:

“The ISA does not speak well for the future of the rule of law in Malaysia. In fact it is the main adversary of the rule of law. The abolition of the ISA is imperative.”

Dengan menggunakan perkataan ‘imperative’ di atas bermaksud, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan bahawa pemansuhan ISA adalah perkara wajib yang mendesak dan mesti dilakukan segera!.

Namun setelah berada dalam kerajaan dan secara de facto menjadi menteri undang-undang, sebagaimana yang dilaporkan dalam New Straits Times, 20 November 2002. telah menegaskan: “ISA has saved nation from many disasters”

Setelah Mahkamah Persekutuan pada 6 September 2002 memutuskan penahanan aktivis Reformasi pada 10 April 2001 sebagai bermotif politik, tidak sah dan mala fide, maka Dr. Rais mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan-peruntukan dalam ISA akan dipinda bagi memberikan kuasa penuh dan mutlak (absolute power) kepada kerajaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan negara.

Tuduhan Palsu demi Menghalalkan Tindakan Rakus

ISA dilihat sebagai satu instrumen yang pasti akan digunakan oleh pemerintah demi mempertahankan kuasanya. Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri pernah menegaskan sekiranya parti pembangkang berkuasa mereka juga pasti akan menggunakan ISA.

Terdapat beberapa tahanan ISA juga turut diberitahu oleh pegawai-pegawai penyiasat mereka bahawa sekiranya pembangkang memerintah, pasti ISA akan terus digunakan dan tugas mereka tetap kepada siapa yang memerintah pada masa itu.

Namun tanggapan-tanggapan seumpama ini adalah rekaan mereka yang sedang menggunakan ISA semata-mata demi melindungi ketidaktelusan amalan mereka dan hanya kerana mahu melindungi kuasa mereka.

Saya percaya bahawa pejuang-pejuang tulen keadilan dan kebenaran, sama ada mereka tidak punyai kuasa untuk memerintah dan mentadbir negara mahupun selepas mereka diamanahkan dengan kuasa untuk memerintah dan mentadbir urusan rakyat, mereka tetap menegaskan bahawa ISA adalah satu undang-undang yang zalim dan kejam.

ISA Mencabul Hak Asasi Manusia

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa apa sahaja pindaan dan perubahan yang dilakukan terhadap ISA, selagi ISA kekal sebagai ISA, ianya adalah menyalahi dan mencabuli hak asasi manusia.

Mursyidul Am PAS itu dalam ucapannya di Kota Bharu menjelaskan bahawa kerana ISAlah beliau menceburkan diri dalam politik. Ini kerana pada masa itu ramai para ulamak ditahan di bawah ISA. Dengan keinsafan untuk terus menentang kezaliman beliau bergiat aktif dalam PAS. Hingga kini terbukti PAS amat komited untuk menerajui segala usaha ke arah pemansuhan ISA.

Kepada pendukung dan pejuang-pejuang kebenaran dan keadilan apabila ditanya apa itu ISA? Mereka akan menjawab ISA adalah undang-undang zalim yang bertentangan dengan prinsip-prinsip agama dan mencabul hak-hak asasi manusia!
Sumber: /ummahonline.wordpress.com

MyKampungku

3 comments:

Anonymous said...

Tujuan demonstrasi ni untuk mengalih pandangan rakyat terhadap perbicaraan liwat DSAI dan amalan rasuah DAP.Yang Nik Aziz bangang ni suruh penyokong turun membuat keganasan.Adakah ini ajaran islam? Sudah tentu bukan. Sebab itu Nik Aziz tu sebenarnya menyebarkan fahaman Israel dan nama dia sebenarnya adalah Nik Zionis.Dia menyokong liwat,maksiat dan rasuah.PAS telah membantu DAP untuk mengeluarkan 3,300 lesen pelacuran,perjudian dan arak di Selangor. Itulah ajaran Nik Zionis ular puki mak!

Anonymous said...

Anda mengunakan perkataan yang berunsur lucah terhadap Nik, adakah ajaran Islam menyebabkan anda berkelakuan begini? Saudara sedarlah sebelum terlambat!!!!!

Anonymous said...

Komen pertama tu dibuat oleh orang yang tidak berfikir and tidak bertamaddun. Itu hasil pemerintahan yang menyekat kebebasan pemikiran dan kebebasan bersuara di kalangan masyarakat.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost