Sunday, August 2, 2009

Demo Anti ISA, Tindakan Pakatan Rakyat Seterusnya : Nizar vs Najib Altantuya


589 ditangkap, 44 peserta dibawah umur, 40 wanita, Pemimpin, PKR, PAS dan DAP…..satu tangkapan yang mungkin cukup memuaskan untuk Najib dan Hishamuddin.

Tak kira apa juga alasan yang diberikan, jumlah tangkapan menampakkan betapa rakusnya UBN menggunakan polis untuk menakutkan rakyat. Tetapi adakah rakyat sudah takut dengan ugutan dan tangkapan ini?

589 orang yang ditangkap itu akan menjadi pemangkin kepada satu revolusi yang lebih besar. 20,000 yang hadir semalam akan menjadi saksi kepada kerakusan UBN, dan jutaan lagi yang menonton dan mengikuti demo Anti-ISA yang terbesar pernah dibuat.

Puluhan ribu lagi tidak dapat turut serta kerana terkandas disekatan-sekatan jalanraya. Beribu polis dikerahkan untuk membuat sekatan disetiap pintu masuk lebuhraya. Dan berjuta lagi yang hadir dalam ingatan.

Tidak ada senjata…tidak ada keganasan…tidak ada kekacauan yang dilakukan. tetapi mengapa polis bertindak begitu ganas? Apakah air berasid atau gas pemedih mata itu mampu melawan kehendak rakyat?

Demo Anti-ISA, walaupun menghadapi sekatan dan rintangan, telah berjaya menghimpun sokongan untuk menentang akta zalim UBN. UBN sepatutnya mengambil iktibar dari kumpulan Pro-ISA yang lari lintang pukang. UBN sepatutnya sedar, bahawa rakyat sudah bersedia untuk bangkit…walaupun dengan halangan polis.

Rakyat sudahpun menyatakan harapan mereka. Rakyat sudahpun menyuarakan isihati mereka. Tetapi harapan rakyat ini tidak akan tercapai sekiranya tidak mendapat sokongan dari mereka yang berkuasa. Jangan biarkan mereka yang ditangkap ini kesaorangan. Jangan biarkan mereka yang sanggup dipukul, ditangkap dan disiksa, demi untuk mencari keadilan ini bersendirian.

Perjuangan ini bukan hanya perjuangan rakyat bawahan. Ia sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab semua.

Jangan pula selepas ini, mereka yang ditahan terpaksa meminta sedekah untuk membayar wang jaminan. Jangan pula selepas ini, mereka yang rela berkorban ini terpaksa meminta derma untuk membayar wang denda.

Sekarang sudah tiba masanya bagi kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil tindakan. Semua negeri Pakatan Rakyat perlu menjadi penjamin kepada mereka yang ditangkap, kalau perlu dibayar denda…bayarlah. Kalau perlu menjaga anak isteri mereka yang ditangkap atau dipenjarakan…buat lah.

Satu tabung untuk membantu mereka yang ditangkap ini perlu digerakkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Kalau seorang yang ditangkap perlu mengeluarkan 10,000 ringgit untuk wang jaminan, atau denda yang mungkin dikenakan, bererti hampir 6 juta ringgit diperlukan. Sekiranya setiap negeri Pakatan Rakyat menyumbangkan sejuta ringgitsetengah, kita tidak perlu lagi meminta sedekah kesana sini.

Pakatan Rakyat bukan sahaja akan dilihat sebagai kerajaan yang prihatin terhadap rakyat yang menuntut keadilan, malah rakyat akan melihat Pakatan Rakyat sebagai menyokong kehendak rakyat.

isa18

Tetapi sekiranya Pakatan Rakyat hanya berdiam diri, membiarkan mereka yang tertangkap membela nasib mereka sendiri, maka rakyat juga akan melihat Pakatan Rakyat sebagai hanya mempergunakan rakyat untuk kepentingan mereka. Gerakan ini perlu dibantu oleh Pakatan Rakyat.

Kita percaya, UBN akan menjadi lebih rakus…kemungkinan akan mengenakan tindakan yang lebih keras kepada mereka yang terlibat dalam demo Anti-ISA siang tadi. Kami diberitahu, pihak polis telah bertindak dengan keras.

Enam anggota Unit Amal yang awal-awal ditahan diStesyen keretapi telah direman selama empat hari. Sementara itu, Laila GMI yang turut ditahan telah dipisahkan dengan anaknya. Apakah nasib mereka yang ditahan?

Kita yang tidak mampu untuk menyertai mereka, perlu bersedia untuk melakukan sesuatu. Kita yang selesa dirumah, mengikuti demo dari atas kerusi, perlu bangkit untuk melakukan sesuatu. Setiap dari kita mempunyai tanggungjawab.

Bangkit lah. - MSK@Perakexpress

MyKampungku

3 comments:

Anonymous said...

Hanya syaitan dan sekutunya yang sanggup membuat huru-hara di bumi tercinta ini. Kesian tengok orang melayu menjadi budak suruhan kit sing dan dap kafir harbi laknatullah termasuk hj. hadi dan nik ajiz. nuar syok orang lupa sekejap isu liwat dia. Rinnie ketawa isu teh orang lupa sekejap. guan eng senyum isu kg. buah pala orang tak heran pun. itulah melayu yang sanggup jadi balaci kepada dap kafir harbi.

AnTi AljUbuRi said...

Memang padan dengan muka kaldai dan baghal dari Parti Anggok Saja, yang sanggup ditunggang oleh penyembah berhala hindu dan buddha dan al juburi.

tu Pemuda parti anggok saja dari Penang minta bantuan kewangan RM10,000 kerana kawan dia kritikal dalam hospital, accident masa nak pergi demo..

Aku suruh mereka pi minta kat orang tuan pikun dari kelantan tu ..
Pi jahanamlah ...apa rasa bila orang kata kat kau macam tu??

Raswakanlah..padan dengan muka melayu tak sedar diri.. Islam entah ke mana!

Anonymous said...

apabila terlalu bodoh dan percaya saja bulat2 dgn pembohongan dan propaganda media arus perdana,maka lahirlah dua manusia berpemikiran bebal di atas yg menjadi penjilat tahi sang pemimpin rasuah yg bangsat....
Yg tak mau rasa bgmana perasaan rakyat yg ditindas,yg mudah digula2kan oleh projek2 dan pembangunan bodoh...

Lawan sampai mati,lawan I.S.A! sebab ianya haram di sisi Islam,dan wajib bg umat islam memerangi kezaliman,MUNAFIK bg org yg memerangi penentang kezaliman,jawablah kalian di neraka nanti....

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost