Sunday, August 2, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: Permatang Pasir, UMNO/BN Pasti Kecundang Lagi !!


Umno akan kecundang lagi dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir akan datang, kata Speker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud.

Nasaruddin berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi berkenaan yang terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh iaitu kubu Penasihat Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Umno seperti biasa akan menggunakan kekuatan wang ringgit dalam setiap pilihan raya untuk mencapai kemenangan tetapi mereka tewas juga seperti mana dalam pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.

"Kali ini kita mahu melihat Umno kalah dan serik berhadapan dangan PAS dalam pilihan raya," ujarnya pada majlis penerangan PAS kawasan Kuala Krau.

Menurutnya, walaupun majoriti kecil diperolehi PAS dalam pilihan raya itu, PAS tetap menang.

"Pilihan raya kecil, kecillah majoritinya, kalau pilihan raya besar, kita akan dapat majoriti lebih besar lagi," katanya.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi 31 Julai lalu di Institut Jabtung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah menjalani pembedahan sebelum pilihan raya umum ke-11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nasaruddin menyeru seluruh ahli turun ke Permatang Pasir untuk berhadapan dengan Umno sekali lagi. - /Harakahdaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost