Sunday, August 9, 2009

Demonstrasi Jalanan Bukan Budaya Anwar :- Nizar vs Najib Altantuya


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Hussin Ali menyangkal kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman blognya, chedet.co.cc yang mendakwa, keterlibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik mengakibatkan demonstrasi jalanan yang kerap diadakan di negara ini.

Beliau berkata, Dr Mahathir tidak berhak berkata sebegitu sekiranya beliau tahu fakta sejarah sebelum ini.

Menurutnya, sejarah membuktikan segalanya yang mana sebelum Anwar dilahirkan lagi, berlaku tradisi perhimpunan aman, demonstrasi dan sebagainya.

“Sebagai bekas Perdana Menteri, beliau sepatutnya tahu semua itu sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Sama ada beliau lupa sejarah atau sengaja melupakan sejarah itu, saya kurang pasti. Tapi, apa yang saya lihat segala bentuk kenyataan dalam blognya itu lebih kepada wujudnya perasaan benci dan takut pada Anwar sekiranya Anwar berkuasa di negara ini.

“Bila sudah ada perasaan takut, mulalah Dr Mahathir menyalahkan orang lain dalam segala hal dan nampaknya, kesalahan itu di tujukan kepada Ketua Umum PKR itu,” katanya ketika diminta mengulas petikan Dr Mahathir menerusi laman blognya.

Antara petikan itu, “Walaupun Anwar bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak dia memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan dirinya melalui demonstrasi jalanan kerap diguna olehnya. Ia memuncak apabila disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tiap minggu demonstrasi diadakan”.

Dr Syed berkata, segala yang diperkatakan oleh Dr Mahathir mengenai Anwar, tidak akan memberi pengaruh besar pada pengikut Anwar.

“Blog Dr Mahathir sudah tentu dibaca oleh semua orang termasuklah pengikut Anwar.

“Sehubungan itu, saya percaya mereka tidak akan terpengaruh dengan kata-kata Dr Mahathir. Dakwalah apa sahaja, pengikut Anwar tetap setia padanya.

“Masakan tidak, setiap kali perhimpunan mahupun demonstrasi diadakan, ramai pengikut Anwar turut serta dan ini membuktikan Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dan pengikutnya tetap setia padanya,” katanya.


/sinarharian

MyKampungku

2 comments:

Anonymous said...

ingatkan Melayu aje yang mudah lupa tapi kini mamk pun dah mula mudah lupa

Anonymous said...

1.PKR dok sibuk rampas dewan serbaguna dan anjur demonstrasi jalanan.
2.DAP dok sibuk pertahan kebebasan kaum cina hingga menghina orang islam(kes arak).Ronnie Liu adalah MB Selangor yand sebenarnya dan Kahlid cuma boneka macam Nizar di Perak dulu.
3.Dan PAS, parti yang paling bodoh dalam Pakatan tak tau nak buat apa jadi buat bodoh aje,sebab sememangnya mereka bodoh;lihat di Kelantan dan Perak sudah.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost