SEMALAM, rakyat dikejutkan dengan berita orang yang paling dikehendaki di Indonesia, Noordin Mohammed Top ditembak mati dalam satu serbuan polis antikeganasan Indonesia di Jawa Tengah, Indonesia. Beliau dikaitkan dengan peristiwa pengeboman di Hotel JW Mariott dan Hotel Ritz-Carton di kawasan Mega Kuningan, Jakarta pada 17 Julai lalu Namun berita kematian Noordin masih belum dapat dipastikan apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu pihaknya belum mendapat pengesahan daripada polis Indonesia sehingga petang semalam.
Sebelum itu, sebuah stesen televisyen Indonesia, Metro TV yang tidak mendedahkan sumbernya menyatakan polis masih belum mengesahkan laporan tersebut. Menurut sumber AFP, Noordin dianggap sebagai suspek pengganas paling dikehendaki di negara jiran itu dikatakan berbalas tembakan di tempat persembunyiannya selepas dikepung selama 17 jam, pasukan polis elit yang lengkap bersenjatakan raifal menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut.
Menurut seorang saksi, dua beg mayat dibawa keluar dari rumah terbabit. Penulis yang membuat kunjungan ke bumi Indonesia minggu lalu menyaksikan ‘demam serangan bom berani mati’ yang tidak kebah-kebah biarpun sudah lebih sebulan peristiwa hitam itu berlaku.Hampir saban waktu, stesen televisyen tempatan membuat kupasan apa yang berlaku pada bulan lalu secara terperinci, manakala ketua Jemaah Islamiah (JI), Noordin dikecam hebat. Natijah peristiwa dahsyat mencalarkan nama negara memiliki populasi penduduk Islam terbesar dunia ini, Noordin dicari hingga ke lubang cacing. Malah isteri Nordin, Arina dan ibunya ditahan mendapatkan maklumat diperlukan.
Biarpun keterlibatan JI atau Noordin dalam kejadian ini ditebak semata-mata kerana modus pengeboman hampir sama seperti angkaranya di Bali sebelum ini. Peranan lelaki kelahiran Kluang, Johor ini dianggap hampir sahih apabila tersebarnya pernyataan di Internet, 12 hari selepas peristiwa pengeboman JW Marriott dan Ritz Carlton. Meskipun mantan ketua JI, Nasir Abas menyatakan telahannya itu bukan tulisan Noordin kerana beberapa kesilapan ejaan yang terlalu cuai untuk dibuat seseorang sebijak Noordin, pendapat itu tidak dipakai dan diendahkan kebanyakan pihak yang sudah bulat dengan pendapat bawa bahawa ini semua angkara JI.
Dalam pernyataan Internet yang diedarkan, dua pengeboman yang dilakukan kononnya mempunyai makna berbeza; di mana pengeboman Ritz Carlton ditujukan kepada ahli perniagaan asing yang banyak menghuni hotel tersebut, manakala kemusnahan Marriott didedikasikan kepada Azahari, dalang utama bersama Noordin ketika mereka mengebom Bali pada 2002.
Azahari Husin, lebih popular daripada Noordin ketika hayatnya, menemui ajal di hujung senapang polis setelah digempur di sebuah rumah di Batu, Malang pada 9 November 2005. Pernyataan bersumber Internet yang diedarkan itu turut memberi alasan pengeboman dilakukan sebagai pembalasan terhadap perbuatan Amerika dan sekutunya terhadap umat Islam di penjuru dunia, menghancurkan kuasa barat di Indonesia yang banyak memeras penduduk Islam di sini di samping menjadi berita baik bagi menyejukkan hati kaum Muslimin yang sedang teraniaya.
Paling utama, perbuatan ini dikatakan pengajaran buat umat Islam di Indonesia akan hakikat wala’ (kesetiaan) dan baro’ (permusuhan); khususnya merujuk kepada sanjungan yang mereka berikan kepada pemain bola sepak Manchester United yang dijadualkan menginap di hotel berkenaan. Namun, walau apa alasannya Malaysia selaku negara jiran tidak pernah menyokong aktiviti kekerasan yang dilakukan hatta di negara sendiri. Cuma apa yang membuatkan orang kita yang berkunjung ke Indonesia menggelengkan kepada dan beristighfar kerana setiap laporan yang dibuat oleh media sana pasti menggunakan ‘warga Malaysia’ sebagai pembuka kata nama Noordin.
Rakyat Indonesia yang menulis di forum-forum di Internet pula selamba mengecam negara kita kerana melahirkan penjenayah yang membuat onar di negara mereka. Ada juga yang berfi kiran lebih dangkal, mendakwa kita di sini menjulang Noordin sebagai hero. Sesungguhnya di kala Indonesia cuba membangun industri pelancongannya secara ‘all-out’ dengan kembali melancarkan Tahun Melawat Indonesia tahun ini, mereka harus cuba menepis prejudis terhadap Malaysia dengan memberi pertimbangan yang wajar dalam hal melibatkan antara negara.
Tidak sekadar hal Noordin, mereka perlu berhati-hati menyebarkan fakta menerusi media, bukan buat kesimpulan sendiri apabila menyiarkan kupasan berkenaan isu sensitif lain seperti kes penderaan amah, kedaulatan Ambalat dan kisah rumah tangga Manohara dengan anak raja Pantai Timur. Marilah kita samasama menjadi jiran baik dan saling membetulkan secara berhemah sebagaimana resam ras Melayu kita.
Paling tidak pun, kenanglah bagaimana media Malaysia berusaha menjaga hubungan dua hala dengan memaparkan isu (seperti Manohara contohnya) secara berpada-pada dan tidak memperbesarkan hal kebakaran hutan Sumatera yang membuatkan ruang udara negara kita turut dilanda jerebu baru-baru ini.
/sinarharian
Sunday, August 9, 2009
Tak Perlu Dibangkitkan Apa Warganegara Nordin Mat Top :- Nizar vs Najib Altantuya
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment