Sunday, August 2, 2009

Di Sebalik Demo Anti ISA: Nik Aziz Sambut PM , Bukan Presiden Umno.- NIzar vs Najib Altantuya


DI WAKTU sekitar Kuala Lumpur di`serang' oleh FRU dengan kepulan asap dan gas serta air, Najib melangkah pergi ke Kelantan sebuah negeri yang terlalu diidamkan oleh Umno. Negeri ini juga banyak memalukan Umno dan kali terakhir Umno di`telanjangkan' adalah di Manek Urai. Namun, Najib tiada arah lagi kerana tidak mungkin Najib sanggup melihat dengan mata kepalanya sendiri kebangkitan rakyat menentang Akta zalim ISA pada Sabtu lalu. Kehadiran Najib di bumi Serambi Mekah disambut oleh MB Kelantan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bagi menunjukkan betapa budi bahasa dan adat pemimpin.

Sudah tentu Umno bersorak gembira apabila melihat Presiden mereka disambut oleh Mursyidul Am Pas yang sebelum ini memperkenalkan slogan `pergi jahanam Umno'. Begitulah jadinya orang yang perasan danmengharap. Umno terlalu mengharap agar Pas bersimpati dengan parti yang nazak tersebut.

Mereka silap dan mereka patut malu apabila berfikiran demikian. Tuan Guru Nik Aziz hadir menyambut Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu bukan di atas kapasitinya selaku Mursyidul Am Pas, tetapi atas kapasiti beliau sebagai MB Kelantan. Najib juga disambut bukan atas jawatan beliau sebagai Presiden Umno, tetapi kerana Najib adalah PM Malaysia.
Umno tetap `jahanam' dihati Tuan Guru Nik Aziz, tetapi hubungan negeri dan pusat mesti diteruskan. Itulah kebijaksanaan dalam berpolitik dan Umno perlu diajar semua ini.

Oleh yang demikian, usahlah Umno terlalu mengharap ihsan dari Pas untuk menyambung nyawanya. Umno tidak perlu perasan sendiri kerana yang pasti Umno tetap akan di`telanjang'kan lagi oleh Pas di Permatang Pasir pula selepas ini. Maka, bersedialah.
-/Tranungkite

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost