Friday, August 14, 2009

H1N1: Kenyataan Mudah(simple) Dari Menteri Kesihatan :- Nizar vs Najib Altantuya

Penyakit Selesema Babi atau yang diistilahkan sebagai Influenza A (H1N1) nampaknya tiada tanda akan reda. Semakin hari semakin meningkat jumlah kematian, terbaru jumlah kematian telah meningkat lebih 40 orang.

Kalau penyakit demam denggi, akan ada susut dan naik jumlah yang terlibat tetapi dalam kes ini ia semakin konsisten. Ini mungkin disebabkan masih tiada ubat? Atau punca-punca lain?

Kenyataan Menteri Kesihatan semalam, Dato' Seri Liow Tiong Lai amat menarik perhatian saya. Sebagai seorang bekas guru, pensyarah agak menarik kenyataannya bahawa tindakan penutupan sekolah dan institusi pendidikan seperti universiti akibat penularan wabak ini hanya akan diambil sebagai langkah terakhir.

Tambahnya, "tindakan penutupan sekolah atau universiti hanya akan dilakukan oleh pihak pentadbiran sekiranya kehadiran pelajar atau pengajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik.
"Pengetua sekolah bertanggungjawab untuk mencadangkan penutupan sekolah setelah mendapat nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri,"
katanya kepada pemberita di sini semalam.

Jawapan mudah yang boleh disimpulkan adalah kerajaan ingin menunggu sehingga sekolah kosong baru hendak bertindak? Atau lebih mudah nak kata, kalau ramai tak pergi sekolah (mungkin sebab takut atau lebih buruk lagi ramai yang dah dijangkiti dan mati) baru nak ambil langkah sedemikian?

Apakah Menteri Kesihatan mahu atau melihat rakyat menderita dengan serangan wabak ini dan baru ingin ambil tindakan pencegahan? Dan kalau ingin mengambil tindakan, maka perlu rujuk dahhulu Pegawai Kesihatan Daerah dan selepas itu Pengarah Pendidikan Negeri pula perlu sutuju barulah sekolah akan ditutup.

Agak-agak wahai Dato' Seri, berapa ramai atau jumlah kehadiran yang perlu dinantikan oleh kerajaan?

Inikah langkah-langkah yang efisen dalam menangani penularan wabak ini? Begitu pandir nampaknya Dato' Seri.

/detikdaily

MyKampungku

Reactions:

2 comments:

Anonymous said...

Agak menonjol juga kebodohan dan kebebelan yang ada pada Menteri Kesihatan Malaysia ini. Mungkinkah disebabkan oleh beliau tiada mempunyai kelulusan jurusan "kedoktoran" yang menyebabkan beliau tidak dapat menangani penularan wabak ini dengan efisen. Mungkin pada fikiran Dato' Seri sekolah hanya akan dibenarkan bertindak apabila kehadiran pelajar menjadi kurang dari 5 orang. Ingat!!! Bertindak bukan dengan menutup sekolah terus, bertindak dengan hanya mencadangkan penutupan sekolah setelah mendapat nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Punya bodoh pemikiran dan kenyataan yang dikeluarkan itu. Rsanya sebelum nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah serta persetujuan dari Pengarah Pendidikan Negeri diperolehi pelajar sudah masuk wad dijangkiti dan mati oleh wabak ini. Inilah kehebatan menteri hasil keluaran Malaysia. MALAYSIA BOLEH... MEMANG BOLEH !!!

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost