Friday, August 14, 2009

Isu Arak: Hassan Ali-Ronnie Liu Berjabat Tangan :- Nizar vs Najib Altantuya


Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Hassan Ali dan Exco kerajaan Selangor dari DAP Sdr Ronnie Liu kelihatan mesra berjabat tangan dan membuat sidang media bersama sambil menyatakan pendirian tentang penjualan arak di Selangor.

Sidang media yang diadakan secara bersama ini dibuat sejurus selepas sebuah seminar yang bertujuan untuk mengukuhkan kepimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan). Seminar tersebut telah diadakan di sebuah dewan di Hotel Tropicanna, Kuala Lumpur.

Hassan Ali mengulas panjang lebar tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘pertikaian antara mereka’, “pertama sekali tiada perkataan pertikaian di situ. Sebab di antara kita ni mungkin ada perbedaan dari segi pandangan, perbedaan dari segi pendapat. Sebagai mana yang diterangkan oleh Ustaz Hadi (Awang) tadi, Tetapi dari picture yang besar, gambar yang besar kita banyak bersama (pendapat), tadipun pemimpin-pemimpin kita menekankan; kalau kita bandingkan antara yang kita tak bersama (pendapat) dengan yang bersama (pendapat), lebih banyak yang bersama (pendapat) daripada yang tidak bersama (pendapat).”

Tambahnya lagi, “[s]o Pakatan Rakyat mulai daripada sekarang di peringkat negeri also di peringkat persekutuan (atau) peringkat federal akan menekankan persamaan dan tidak sangat menekankan perbedaan di antara kita. Kalau ini berlaku dan ini budayanya, saya terlalu yakinlah Pakatan Rakyat by day will be getting stronger and stronger. The strength is already there and we getting the strength, after strength. In the next election I think Pakatan Rakyat will repeat not only repeating but now (the situation we see) will improving from the year 2008 (PRU 12).”

Ronnie Liu bersetuju, sambil mengatakan, “kita memang punyai kesefahaman (tentang isu ini),dan sekarang kita (kedua-dua parti) bersetuju. Jadi tak ada masalahlah.”

Beliau juga turut menyampaikan suatu pesanan kepada Datuk Seri Mohd Khir Toyo supaya tidak usah bermimpi umtuk memecah belahkan Pakatan dan hubungan antara DAP-PAS sangat baik.

Kedua-dua mereka sepakar dengan menganggap bahawa isu penjualan arak yang menyebabkab ‘pertikaian’ antara mereka telah selesai. Mereka bersetuju penjualan arak mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam.

Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.


/perakexpress

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost